Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Malaysia Terus Teroka Minyak & Gas Di Laut China Selatan Walau Dibantah China – PM

Walaupun terdapat bantahan dari China yang melanggar sempadan yang dibenarkan, Malaysia akan terus teroka kawasan minyak dan gas berpotensi di Laut China Selatan tidak akan dihentikan.

Memetik laporan Harian Metro, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa operasi itu dijalankan di dalam kawasan Malaysia dan tiada sebab untuk melakukan tindakan provokatif terhadap China.

Malaysia terus teroka minyak & gas di Laut China Selatan walau dibantah China

Malaysia Teroka Laut China Selatan

Foto: Harian Metro

“Mengenai kawasan yang dibantah oleh China, ini adalah kawasan kita tetapi kita terbuka untuk berbincang. Tetapi penerokaan minyak ini adalah di perairan kita. Kita mungkin memberikan respons kepada China, jelaskan kedudukan kita, tetapi kita tidak melakukan tindakan provokatif.
“Kita perlu teruskan penerokaan di perairan kita dan menjaga kelebihan kita, termasuk operasi penerokaan di kawasan kita sendiri.
“Beijing menghantar nota bantahan kerana mereka menganggap itu kawasan mereka. Tetapi kita perlu meneruskan operasi ini kerana ia berkaitan dengan kelangsungan ekonomi kita,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama media Malaysia sempena lawatan kerja dua harinya di sini untuk Forum Ekonomi Timur Ke-9 (EEF 2024).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, media telah melaporkan kebocoran nota diplomatik yang dihantar Beijing kepada Malaysia yang membantah operasi Petronas di kawasan berkenaan.

Malaysia Teroka Laut China Selatan

Foto: Utusan Borneo

Nota yang diterbitkan oleh media Filipina itu menunjukkan dakwaan Beijing bahawa penerokaan minyak dan gas Malaysia di Laut China Selatan memasuki sempadan wilayah China.

Sementara itu, Wisma Putra mengeluarkan kenyataan pada Rabu yang menegaskan kebocoran maklumat itu akan disiasat dengan teliti kerana ia membabitkan kerahsiaan dan kedaulatan negara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Media antarabangsa sebelum ini melaporkan bahawa China menuntut hampir seluruh Laut China Selatan, termasuk Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) 200 batu nautika yang dikongsi oleh Malaysia, Filipina, Brunei, Taiwan dan Vietnam, berada di bawah kedaulatannya.

Malaysia Teroka Laut China Selatan

Foto: Free Malaysia Today

Di bawah undang-undang antarabangsa, EEZ tidak menandakan kedaulatan sesebuah negara, tetapi memberikan hak kepada negara terbabit untuk mengeluarkan hasil dalam zon itu.

Sementara itu, Anwar berkata, Malaysia mempunyai dasar dan prinsip tegas untuk tidak menceroboh wilayah negara lain.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Mereka (China) tahu kedudukan kita. Mereka mendakwa kita menceroboh kawasan mereka. Kita kata tidak, itu kawasan kita. Tetapi jika mereka terus tidak berpuas hati, maka baiklah, kita akan mendengar dan mereka juga perlu bersedia mendengar,” ujarnya.

Sumber: Harian Metro (Zuraimi Abdullah)

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Bekas pelumba negara yang pernah membawa nama Malaysia ke peringkat Asia dan antarabangsa, Elly Idzlianizar Elias disahkan maut dengan 12 kesan tetakan. Memetik laporan...

Lokal

Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok yang sedang disiasat polis susulan kenyataannya berkenaan pensijilan halal telah mengadakan jumpa dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan...

Nasional

Bermula 1 Oktober ini, tiada lagi diskaun bagi barangan atau produk makanan dan minuman yang bergula dalam Program Jualan Rahmah MADANI. Timbalan Menteri Perdagangan...

Bisnes

99 Speed Mart Retail Holdings Bhd yang baru disenaraikan di Bursa Malaysia baru-baru ini pertahan struktur imbuhan syarikat dengan menjelaskan bahawa jumlah gaji yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd