Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Sanusi Enggan Ulas Dakwaan Sudah Berkahwin Dua – “Saya Tak Nak Jawab”

Sanusi Enggan Ulas Dakwaan Sudah Berkahwin Dua

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor enggan ulas dakwaan sudah berkahwin dua bersama seorang anggota polis.

Memetik laporan Sinar Harian, Muhammad Sanusi tidak mahu bercakap mengenai perkara tersebut walaupun sebelum ini secara terbuka mengulas mengenai hal tersebut.

“Saya tak nak jawab,” katanya ringkas.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas tamat perlawanan persahabatan antara pilihan Menteri Besar Selangor, Datuk Amirudin Shari dan pilihan Muhammad Sanusi di Pusat Latihan Selangor FA di Shah Alam pada Selasa.

Sanusi enggan ulas dakwaan sudah berkahwin dua

Sanusi Enggan Ulas Dakwaan Sudah Berkahwin Dua

Foto: Sinar Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum ini, Muhammad Sanusi secara terbuka bercakap mengenai spekulasi beliau telah berkahwin dengan seorang anggota polis yang menyiasat kecurian unsur nadir bumi (REE) di Kedah.

Menerusi ucapannya sempena Sidang Kemuncak SG4 pada Ahad, beliau memberi kenyataan samar berhubung desas-desus perkahwinan tersebut.

“Hampir ditangkap, Alhamdulillah saya berjaya menangkap orang yang nak menangkap saya. Ada faham?” soalnya sambil tersenyum.

Artikel lain: Lima Restoran Terkenal Bukan Pemegang Sijil Halal – JAKIM

Walaupun kenyatan tersebut mengundang tawa dan tepukan gemuruh dari orang ramai, beliau bagaimanapun tidak menjelaskan maksud kenyataan yang dibuat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, Mohammad Sanusi dilaporkan menafikan dakwaan telah berkahwin buat kedua kalinya dengan seorang anggota pasukan penyiasat yang menyiasat kecurian di REE di Bukit Enggang, Sik Kedah seperti yang tular di media sosial.

Sekadar info, Muhammad Sanusi telah mendirikan rumah tangga dengan Tok Puan Jusmalailani Jusoh pada 14 Februari 1999 dan dikurniakan lima cahaya mata.

Sumber: Sinar Harian (Farhana Abd Kadir) (Nurhidayah Hairom)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

99 Speed Mart Retail Holdings Bhd yang baru disenaraikan di Bursa Malaysia baru-baru ini pertahan struktur imbuhan syarikat dengan menjelaskan bahawa jumlah gaji yang...

Lokal

Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok yang sedang disiasat polis susulan kenyataannya berkenaan pensijilan halal telah mengadakan jumpa dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan...

Bisnes

Tupperware Brands sedang bersiap untuk fail bankrap seawal minggu ini susulan saham syarikat itu jatuh sebanyak 15.8 peratus kepada 43 sen selepas waktu dagangan....

Lokal

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain memberi komen ringkas mengenai siasatan kes Op Global yang membabitkan Global...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd