Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

In Saff Travel Peruntuk RM100k Untuk Cabutan Bertuah, Tawar Pakej Umrah Istimewa

Agensi pelancongan umrah popular, In Saff Travel telah melancarkan cabutan bertuah istimewa sempena ulang tahun ke-10 penubuhan syarikat tersebut.

Program yang dilancarkan oleh pihak Saudi itu bertujuan mempromosikan destinasi pelancongan dan umrah ke Arab Saudi, dengan kehadiran tawaran ekslusif oleh In Saff Travel telah menambah lagi keterujaan para pengunjung.

Menurut In Saff Travel, pihaknya menawarkan pelbagai hadiah lumayan yang terbuka kepada semua pelanggan mendaftar dan menunaikan ibadah umrah dari Januari 2024 hingga 2026.

“Bukan sahaja menjadi kemuncak Saudi Travel Fest, tetapi juga merupakan simbol kejayaan dan komitmen In Saff Travel dalam industri pelancongan Umrah,” kata In Saff Travel dalam satu kenyataan.

In Saff Travel menawarkan hadiah bernilai RM100,000 dengan hadiah utama adalah sebuah kereta Proton Saga yang akan diagihkan dalam tiga sesi berasingan iaitu pada Januari 2025, Julai 2025 dan sesi akhir pada Januari 2026.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mereka juga menawarkan pakej umrah menarik dan kompetitif, bermula dari RM4,970 hingga RM7,970 serta pakej eksekutif y menawarkan perkhidmatan premium mencecah puluhan ribu ringgit bagi mereka menginginkan pengalaman umrah lebih mewah.

Penubuhannya dalam tempoh 10 tahun telah berjaya membina reputasi yang kukuh dan dikenali dengan  perkhidmatan cemerlang memastikan perjalanan umrah berjalan lancar menjadikan mereka pilihan ramai jemaah umrah di Malaysia.

Justeru, pelancaran cabutan bertuah tersebut dijangka akan menarik lebih ramai pelanggan baharu sekali gus memperluas capaian In Saff Travel dalam pasaran.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Tina Rahman

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Dunia

Seorang remaja perempuan dilaporkan maut selepas terjatuh dari tingkat empat di pusat membeli-belah MixC di bandar Jining, wilayah Shandong, China, 16 November lalu. Foto:...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd