Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tanah Jerlus: Penyelam Hadapi Kesukaran Hampiri Objek Tersekat

Dua anggota Pasukan Penyelam di Air Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) hadapi kesukaran dan  terpaksa ditarik naik daripada lubang tanah jerlus dalam usaha mencari wanita warga India yang hilang dalam insiden di Jalan Masjid India pada Jumaat lepas.

Memetik laporan Bernama, pemerhatian di lokasi tersebut mendapati kedua-dua anggota itu lengkap berpakaian skuba dan telah turutn ke lubang pada 3.06 pagi dengan diawasi oleh anggota pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang lain.

Selaman itu dilakukan selepas JBPM mengesan halangan berupa objek yang tersekat di antara lokasi tanah jerlus dan lurang kumbahan kedua iaitu terletak kira-kira 80 meter semalam.

Penyelam tanah jerlus hadapi kesukaran hampiri objek tersekat

Foto: Berita Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, tidak sampai setengah jam sahaja, kedua-dua penyelam itu ditarik naik untuk keluar dari lubang berkenaan dengan bantuan anggota lain sebelum dinyahkuman dan dibersihkan.

Sementara itu, penyelam terbabit sempat memaklumkan secara ringkas bahawa mereka tidak dapat menghampiri lokasi objek tersekat disebabkan keadaan arus air di dalam lurang kumbahan itu.

Menerusi tinjauan, JBPM masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi di media sosialnya mahupun memberi kenyataan kepada media yang berada di lokasi kejadian.

Foto: Berita Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada malam Rabu, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM Datuk Ahmad Izram Osman berkata pasukannya mengesan halangan berupa objek yang tersekat di antara lokasi tanah jerlus dan lurang kumbahan kedua iaitu terletak kira-kira 80 meter.

Katanya, pengesanan itu dilakukan oleh dua anjing Unit Pengesan (K9), Denti dan Frankie yang dibawa ke lokasi kejadian pada petang Selasa selain pengesanan kamera.

penyelam tanah jerlus hadapi kesukaran

Foto: Berita Harian

Susulan itu, kerja-kerja menyedut air kumbahan dilakukan lewat malam tadi bagi memudahkan pergerakan penyelam dengan dibantu oleh 75 anggota yang mengawal jentera dan logistik.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Insiden tanah jerlus telah menyebabkan seorang wanita dikenali sebagai Vijayaletchumy yang berusia 48 tahun dair Kuppam, Andhra Pradesh, India hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter dengan operasi SAR memasuki hari ketujuh hari ini.

Sumber: Bernama

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain memberi komen ringkas mengenai siasatan kes Op Global yang membabitkan Global...

Bisnes

Tupperware Brands sedang bersiap untuk fail bankrap seawal minggu ini susulan saham syarikat itu jatuh sebanyak 15.8 peratus kepada 43 sen selepas waktu dagangan....

Nasional

Seramai 500 usahawan tani menghadiri Konvensyen Usahawan Agro MADANI (KUAM) 2024 di Universiti Putra Malaysia (UPM) di Serdang pada Khamis. Ia sempena Pameran Pertanian...

Lokal

Peguam kepada Abang Bas, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar menjelaskan bahawa lelaki tersebut tidak memahami perkataan ‘crush’ yang bermaksud mempunyai perasaan terhadap seseorang. Menerusi tangkap...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd