Sejak kebelakangan nama bintang terkenal Hollywood, Kanye West atau kini dikenali Ye menjadi sorotan media antarabangsa apabila dia dilaporkan muflis setelah banyak jenama terkemuka menamatkan kerjasama dengannya.
Difahamkan, ia mula tercetus apabila Ye mengeluarkan komen bersifat anti-Yahudi sehingga mencetuskan kemarahan dan rasa kurang senang di kalangan peminat dan juga rakan kerjasama.
Selepas terpalit dengan kontroversi itu, bekas suami kepada bintang tersohor, Kim Kardashian dilihat mengambil keputusan untuk berdiam diri selama sebulan.
“Saya tidak akan bercakap dengan sesiapa selama sebulan,”ciap bintang berusia 45 tahun itu di laman Twitter miliknya.
Bukan itu sahaja, bahkan dia juga tidak akan melakukan hubungan seks, menonton filem dewasa dan meminum alkohol.
Pun begitu, dia tetap mengatakan platform Twitter miliknya tetap aktif seperti biasa.
I’m not talking to nooobody for a month pic.twitter.com/g1JYFmCGEo
— ye (@kanyewest) November 3, 2022
Terdahulu, Ye mengaku dia kini sudah muflis kerana mengalami kerugian sebanyak RM9.4 bilion dalam sehari kerana pembatalan kontrak kerjasama yang dijalinkan.
Malah, cubaam penyanyi rap ini menjalinkan kerjasama bersama jenama Skechers tempoh hari akhirnya mengundang padah apabila dia dihalau keluar dari pejabat urusan itu sendiri.
Dan, para peminatnya turut membuat tabung dana bagi membantu Ye, namun hanya berjaya mengumpul RM24 sahaja.
Sumber: Twitter cleanset, pagesix