Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Kerajaan Belum Putuskan Mahu Bawa Lebih Ramai Rakyat Palestin Cedera – Mohamed Khaled

Kerajaan belum putuskan untuk bawa lebih ramai rakyat Palestin yang cedera ke Malaysia untuk mendapatkan rawatan di negara ini.

Memetik laporan Harian Metro, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata proses membawa rakyat Palestin ke Malaysia bukanlah tugas yang mudah.

Kerajaan belum putuskan bawa lebih ramai rakyat Palestin cedera

Belum Putuskan Bawa Lebih Rakyat Palestin

Foto: Kosmo

“Perkara itu (bawa masuk lebih ramai rakyat Palestin) akan ditentukan oleh kerajaan tetapi buat masa ini tiada kerana tidak mudah untuk bawa masuk. Sebabnya ia bukan mudah untuk mendapatkan mereka,” katanya

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan Tahun 2024 Peringkat Kementerian Pertahanan (MINDEF) di Wisma Pertahanan di Kuala Lumpur pada Isnin.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Dua Pesawat TUDM Selamat Mendarat, 41 Rakyat Palestin Tiba Di Malaysia

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan TUDM, Pemangku Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Datuk Zulhelmy.

Dalam pada itu, Mohamed Khaled memaklumkan 41 rakyat Palestin yang sedang dirawat di Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan di Wangsa Maju berada dalam keadaan baik.

Belum Putuskan Bawa Lebih Rakyat Palestin

Foto: Utusan Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kita sedang berikan rawatan yang rapi dan sewajarnya dan ia bukanlah boleh dilakukan pada satu hari sahaja, sebaliknya bergantung kepada jenis-jenis kecederaan mereka kerana ada yang memerlukan rawatan yang panjang,” maklumnya.

Terdahulu Harian Metro melaporkan 41 rakyat Palestin yang tercedera akibat serangan Israel dibawa masuk untuk menerima rawatan di Malaysia dengan diiringi 86 waris mereka.

Ketibaan mereka sekitar jam 2 hingga 2.30 petang 16 Ogos dengan menaiki dua pesawat A-400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), turut disambut Mohamed Khaled dan Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali.

Sumber: Harian Metro (Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

99 Speed Mart Retail Holdings Bhd yang baru disenaraikan di Bursa Malaysia baru-baru ini pertahan struktur imbuhan syarikat dengan menjelaskan bahawa jumlah gaji yang...

Lokal

Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok yang sedang disiasat polis susulan kenyataannya berkenaan pensijilan halal telah mengadakan jumpa dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan...

Bisnes

Tupperware Brands sedang bersiap untuk fail bankrap seawal minggu ini susulan saham syarikat itu jatuh sebanyak 15.8 peratus kepada 43 sen selepas waktu dagangan....

Lokal

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain memberi komen ringkas mengenai siasatan kes Op Global yang membabitkan Global...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd