Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Dua Pesawat TUDM Selamat Mendarat, 41 Rakyat Palestin Tiba Di Malaysia

Dua pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membawa rakyat Palestin yang ke Malaysia selamat tiba di Pangkalan Udara TUDM, Subang pada Jumaat.

Memetika laporan Harian Metro, pesawat pengangkut Airbus A-400M yang diterbangkan ke Pangkalan Udara Al Maza, Mesir untuk membawa rakyat Palestin itu mendarat di Malaysia kira-kira 2 petang dan 2.15 petang.

41 rakyat Palestin selamat tiba di Malaysia

Rakyat Palestin Tiba Di Malaysia

Foto: Bernama

Dalam pada itu, kedua-dua pesawat itu membawa seramai 41 rakyat Palestin termasuk kanak-kanak yang cedera bagi menerima rawatan di negara ini dan mereka menerima rawatan awal di Hospital Medan di pangkalan berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin turut hadir ke ketibaan rakyat Palestin bagi menyambut kedatangan mereka.

Artikel lain: TUDM Terbangkan 40 Warga Palestin Untuk Terima Rawatan Di Malaysia

Menerusi tinjauan, rata-rata rakyat Palestin kelihatan ceria sejurus tiba ke negara ini dan menerima rawatan di Hospital Medan.

Rakyat Palestin Tiba Di Malaysia

Foto: Kosmo!

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan hasrat untuk membawa rakyat Palestin yang cedera ke Malaysia bagi menerima rawatan.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan pidato dalam acara kemuncak pada Himpunan Pembebasan Palestin di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 4 Ogos lalu.

Sumber: Harian Metro (Hafidzul Hilmi Mohd Noor)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

99 Speed Mart Retail Holdings Bhd yang baru disenaraikan di Bursa Malaysia baru-baru ini pertahan struktur imbuhan syarikat dengan menjelaskan bahawa jumlah gaji yang...

Lokal

Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok yang sedang disiasat polis susulan kenyataannya berkenaan pensijilan halal telah mengadakan jumpa dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan...

Bisnes

Tupperware Brands sedang bersiap untuk fail bankrap seawal minggu ini susulan saham syarikat itu jatuh sebanyak 15.8 peratus kepada 43 sen selepas waktu dagangan....

Lokal

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain memberi komen ringkas mengenai siasatan kes Op Global yang membabitkan Global...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd