Dua pesawat pengangkut Airbus A-400M Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah berlepas ke Pangkalan Udara Al Maza, Mesir bagi membawa rakyat Palestin yang cedera untuk menerima rawatan di Malaysia.
Menerusi satu laporan Bernama, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengesahkan perkara tersebut namun semua butiran lanjut akan dimaklumkan minggu ini.
Foto: Bernama
“Ya. Diminta untuk tunggu hingga Jumaat ini, butiran akan dimaklumkan,” katanya.
Foto hiasan: Sinar Harian
Sebelum ini, Mohamed Khaled menyatakan hasrat negara bagi membawa rakyat Palestin yang memerlukan rawatan kecemasan akibat serangan tentera Israel untuk dirawat di Hospital Angkatan Tentera (HAT).
Malah, hasrat tersebut diulangi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan pidato pada Himpunan Pembebasan Palestin di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 4 Ogos lalu.
Foto: Bernama
Perhimpunan itu juga menghimpunkan pemimpin politik Kerajaan Perpaduan dan pembangkang yang terdiri daripada lebih 15,000 rakyat Malaysia bagi menyatakan solidariti kepada rakyat Palestin.
Sumber: Bernama