Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Bangunan Dirobohkan Sebenarnya Struktur Haram, Bukan Tentang Kaum – Hannah Yeoh

Bangunan Dirobohkan Sebenarnya Struktur Haram

Bangunan dirobohkan sebenarnya struktur haram’

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh tampil bersuara dan menjelaskan mengenai tindakan merobohkan bangunan yang didakwa digunakan sebagai pusat latihan karate berselahan dewan masyarakat di Taman Sri Sinar, Segambut, di sini.

Jelas Hannah Yeoh yang juga Ahli Parlimen Segambut, bangunan tersebut dirobohkan kerana ia dibina atas struktur haram tanah awam.

“Dewan ini telah diduduki oleh pengusaha haram tanpa kelulusan sehingga menyebabkan penduduk tempatan kehilangan tempat untuk aktiviti komuniti,”kata Hannah Yeoh.

Artikel lain: Dakwa Bukit Aman Akan Dirombak, Penulis Malaysiakini Dipanggil Polis

Bangunan Dirobohkan Sebenarnya Struktur Haram

Beliau berkata, pihak Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL) bertanggung jawab terhadap pengurusan dewan awam, sudah mencuba hampir setahun untuk mengambil alih pengurusan kawasan tersebut, namun menerima tentangan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Usaha (untuk mengambil alih pengurusan) adalah sebahagian daripada inisiatif di Kuala Lumpur untuk memastikan dewan awam boleh di akses oleh semua penduduk dan bukannya dimonopoli oleh mana-mana pihak,” kata Hannah dalam satu hantaran di laman Facebook miliknya, hari ini.

Jelas Hannah, pihak DBKL dan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah persekutuan (PPTGWP) telah pun menghantar notis pengosongan.

Namun operator bangunan tersebut tidak mengendahkannya, sebaliknya memulakan kerja baharu untuk membina struktur haram.

Tegas beliau, isu tersebut bukanlah mengenai perkauman atau sukan,sebaliknya tindakan tersebut adalah usaha menangani isu pendudukan haram di atas tanah milik kerajaan.

Menurutnya, beliau dimaklumkan bahawa PTGWP telah memberi tempoh tangguh selama 30 hari kepada pengendali untuk mengeluarkan barangan mereka dari venue.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: FB Hannah Yeoh

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

99 Speed Mart Retail Holdings Bhd yang baru disenaraikan di Bursa Malaysia baru-baru ini pertahan struktur imbuhan syarikat dengan menjelaskan bahawa jumlah gaji yang...

Lokal

Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok yang sedang disiasat polis susulan kenyataannya berkenaan pensijilan halal telah mengadakan jumpa dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan...

Bisnes

Tupperware Brands sedang bersiap untuk fail bankrap seawal minggu ini susulan saham syarikat itu jatuh sebanyak 15.8 peratus kepada 43 sen selepas waktu dagangan....

Lokal

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain memberi komen ringkas mengenai siasatan kes Op Global yang membabitkan Global...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd