Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Jersi Terengganu FC Jadi Pilihan Mat Salih Di Luar Negara – “Ia Sangat Cantik & Unik”

Tular di media sosial satu video memaparkan jersi Terengganu FC yang dilancarkan pada musim 2021 jadi pilihan seorang mat salih.

Menerusi satu hantaran di Instagram, suprise_shirt telah memuat naik satu video temu bual secara rawak bersama peminat bola sepak dari luar negara.

Jersi Terengganu FC jadi pilihan mat salih

Individu yang membuat temu bual itu bersama mat salih berkenaan bertanyakan soalan apakah jersi bola sepak yang paling dia minati di seluruh dunia.

Mat salih itu kemudian menjawab dia memilih jersi TFC keluaran 2021 kerana ia sangat cantik disamping unik kerana lencananya boleh berubah warna.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Gadis Sedang ‘Khayal’ Langgar Rider Wanita, Sempat Tukar Urine Dengan Air Biasa

Jersi Terengganu FC Jadi Pilihan Mat Salih

“Saya pilih jersi ketiga Terengganu keluaran 2021. Ia mempunyai rekaan yang sangat cantik, warnanya sangat menawan serta lencananya yang boleh berubah warna,” katanya.

Tidak dinafikan, jersi TFC keluaran 2021 itu sememangnya unik, ditambah lagi dengan latar belakang corak yang melambangkan ombak di persisiran pantai.

Jersi Terengganu FC Jadi Pilihan Mat Salih

Sebelum ini, jersi yang sama juga pernah menjadi bualan hangat selepas seorang penstrim atau stremear dari England, Danny Aarons mempamerkan jersi itu kepada penontonnya di laman Twitch.

Awalnya, Aarons menyifatkan jersi itu tidak cantik disamping mengatakan ianya sangat buruk dan dia tidak menyukai pakaian kelab bola sepak Terengganu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, selepas melihat lencana yang boleh berubah warna, pendapat Aarons berubah 100 peratus dan dia menyatakan dia sangat menyukai keunikan jersi itu.

“Ini tiada dalam FIFA. Itu sangat cantik, tapi saya tak tahu apa benda ini. Saya tak pernah tengok lagi lencana ini dalam FIFA. Saya sangat sukakan lencana ini!” ujarnya.

Sumber: Instagram Surprise_Shirts, X Terengganu 11

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh selar kenyataan Ahli Parlimen (MP) Seputeh, Teresa Kok yang mempersoalkan cadangan mewajibkan restoran dan syarikat makanan yang...

Sosial

Tular video di media sosial memaparkan kali terakhir seorang gadis, Nia Kurnia Sari dilihat warga kampung sebelum dilaporkan hilang dan mayatnya ditemui beberapa hari...

Sosial

YouTuber mukbang, Nikocado Avocado beri kejutan kepada para penontonnya selepas memuat naik video terbaharu menerusi saluran miliknya yang memaparkan dia kini yang sudah kurus....

Lokal

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memperuntukkan sebanyak RM1 juta kepada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) bagi membantu golongan yang terbeban dengan hutang....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd