Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Program Mengenang Negarawan Disokong Penuh, Tingkat Kefahaman Khazanah Warisan Negara – Aaron

Kementerian Perpaduan Negara memberikan sokongan penuh terhadap Program Mengenang Negarawan Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj “Negarawan Sejuta Jasa”.

Menteri Perpaduan Datuk Aaron Ago Dagang berkata program ini mendukung inisiatif ‘Ini Warisan Kita’ di bawah Teras Meningkatkan Jati Diri dan Semangat Cintakan Negara.

Katanya, diharapkan dengan program ini, ia dapat meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan penghayatan masyarakat pelbagai kaum tentang khazanah warisan negara dan legasi negarawan.

Program Mengenang Negarawan terima sokongan penuh

Foto: Berita Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Sempena program ini, terdapat pameran eksklusif dengan tema ‘Negawaran Sejuta Jasa’ yang memaparkan koleksi khas Tunku seperti kereta mereka dan banyak lagi.
“Selain itu, peragaan bahan-bahan objek, naratif pameran juga dipersembahkan melalui digital standee kiosk,” katanya pada majlis perasmian program itu di Piazza Pavillion, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Isnin.

Aaron juga menghargai sumbangan Akademi Kenegaraan Malaysia, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jabatan Pendidikan Selangor dan Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dalam menjayakan program itu.

Artikel lain: Ahmad Zahid Mohon Maaf, Akui Terkhilaf Dalam Berbicara

Sementara itu, Aaron juga mengimbau kembali sejarah awal pembentukan Malaysia, yang mana Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman yang membayangkan semua rakyat Malaysia dimartabatkan tanpa mengira bangsa, agama dan budaya.

“Dalam usaha meneruskan visi beliau, Yayasan Tunku Abdul Rahman (YTAR) telah ditubuhkan pada tahun 1966 sebagai badan berkanun yang menyediakan bantuan pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi.
“Sejak penubuhannya, YTAR telah membantu seramai 9,000 pelajar dan menyasarkan untuk membantu lebih 1,000 pelajar bagi tempoh lima tahun akan datang,” ujarnya.

Dalam pada itu, Aaron berkata program itu juga dijalankan bagi menghargai dan memperingati sumbangan dan jasa Bapa Kemerdekaan iaitu Tunku Abdul Rahman.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Jawatankuasa Memorial Kebangsaan telah memutuskan untuk mengabadikan sebuah memorial buat Tunku.
“Pembiayaan projel pembinaan Memorial Tunku Abdul Rahman Putra ini adalah daripada dana kerajaan dan sumbangan orang ramai terutamanya syarikat-syarikat swasta selaras dengan konsep pensyarikatan Malaysia yang diperkenalkan ketika itu,” jelasnya.

Aaron mengakhiri ucapannya dengan mengalu-alukan seluruh rakyat Malaysia untuk melawat Memorial Tunku Abdul Rahman Putra yang terletak di Jala Dato’ Onn, Kuala Lumpur.

“Melalui memorial ini, kita akan dapat mengenali Tunku dengan lebih dekat dan mencontohi pengorbanan, jasa dan sumbangan Tunku kepada negara,” katanya.

Sekadar info, Program Mengenang Negarawan adalah program signature Arkib Negara Malaysia yang dilaksanakan setiap tahun untuk mengenang dan memperingati jasa serta sumbangan para negarawan yang diabadikan di Arkib Memorial.

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd