Bintang tinju Itali, Angela Carini menarik diri hanya selepas 46 saat dalam perlawanan dengan Imane Khelif dari Algeria pada kejohanan Sukan Olimpik Paris semalam.
Menurut satu laporan The Independent, Carini berkata, dia memilih menamatkan pertarungan tersebut selepas menerima dua tumbukan selain untuk menyelamatkan nyawanya kerana yakin sedang berdepan dengan lawan yang secara biologi adalah lelaki.
Foto: X GiveSendGo
“Saya tidak boleh teruskan. Hidung saya amat sakit dan saya berkata, ‘Cukup’. Adalah lebih baik untuk mengelak daripada meneruskannya. Hidung saya berdarah selepas tumbukan pertama.
“Ia boleh menjadi pertarungan terhebat saya tetapi dalam situasi itu, saya juga perlu menyelamatkan nyawa saya. Saya perlu melakukannya, saya tidak rasa takut, saya tidak pernah takut di gelanggang atau ditumbuk.
Foto: gbnews.com
“Saya selalu bertarung bersama pasukan kebangsaan. Saya bertarung dengan abang saya. Saya sentiasa berlawan dengan lelaki, tapi saya rasakan hari ini ia sangat sakit,” katanya.
Petinju berusia 25 tahun itu menjerit ‘ini tidak adil’ sebelum rebah ke kanvas ketika impiannya untuk memenangkan pingat emas dalam kejohanan tinju kategori 66kg wanita itu pada Olimpik dunia itu lebur.
Sementara itu, Khelif adalah petinju yang pernah dilarang menyertai Kejohanan Dunia wanita di New Delhi selepas gagal ujian testosterone dan tidak memenuhi kriteria kelayakan Persatuan Tinju Antarabangsa pada tahun lalu.
Foto: gbnews.com
Kelayakan Khelif menyertai sukan Olimpik Paris menjadi aksi paling kontroversi dalam sejarah Olimpik selain menerima pelbagai kritikan daripada beberapa atlet Olimpik dan bekas Perdana Menteri, Liz Truss.
Sumber: The Independent (Oliver Browning)