Pernah tampil memeragakan kostum Fiona iaitu watak utama dalam filem Shrek, model Amerika Syarikat iaitu Heidi Klum sekali lagi mencipta kelainan ketika hadir sebuah acara di New York, pada hari Isnin yang lalu.
Dalam acara tersebut, model berusia 49 tahun itu dilihat hadir dengan kostum Cacing bersama suaminya iaitu Tom Kaulitz. Tidak terkecuali, suaminya juga hadir dengan menggayakan kostum sebagai seorang pemancing di karpet merah.
“Saya hanya mahu berfikir di luar kotak dan buat sesuatu berlainan. Saya fikir, kita semua tahu akan cacing tanah. Dari situ idea itu datang,”katanya.
Katanya lagi, kostum cacing yang dipakainya itu mengambil masa dua tahun untuk siap sepenuhnya kerana ia melibatkan banyak pergerakan terutama di bahagian kepala dan ekor. Tidak dilupakan juga kostum tersebut perlulah mempunyai efek yang realistik.
Untuk pengetahun, Heidi Klum amat sinonim dengan fesyen luar biasa apabila tibanya sambutan hari Halloween kerana ada sahaja kejutan diberikannya kepada media dan tetamu yang hadir.
Berikut antara beberapa kostum yang digayakan oleh Heidi Klum sepanjang dia hadir ke sambutan hari Halloween sehingga diangkat sebagai ikon segala kostum.
2019
Heidi Klum tampil sebagai alien sewaktu 20th Annual Halloween Party bersama suaminya yang ketika itu tampil dengan kostum sebagai seorang angkasawan dipenuhi dengan darah.
2018
Heidi Klum sebagai Princess Fiona bersama kekasihnya pada ketika itu yang memakai kostum Shrek.
2017
Heidi menggayakan kostum serigala jadian dari video ngeri Michael Jackson tahun 1982.
2016
Heidi menduplikasikan dirinya kepada lima orang ‘Heidi’ yang sama ketika sambutan parti Halloween anjurannya.
2015
2014
2013
Sebenarnya banyak lagi penampilan aneh yang digayakan oleh Heidi Klum ini seperti menjadi gorila dan lain-lain.
Sumber: Yahoo