Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Ustaz Wadi Tegaskan Tidak Pernah Minta Jadi Calon di PRK DUN Nenggiri

Mohd Rizwadi Ismail, atau turut dikenali Ustaz Wadi menegaskan beliau tidak pernah minta untuk jadi calon bertanding mewakili Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.

Memetik laporan Berita Harian, beliau menjelaskan pemilihannya menjadi calon BERSATU dibuat berdasarkan keputusan parti disamping tidak menyangka perkara tersebut akan berlaku.

Ustaz Wadi tidak minta jadi calon di PRK DUN Nenggiri

Ustaz Wadi Tidak Minta Jadi Calon

Foto: Berita Harian

Menurutnya, dia hanya dimaklumkan oleh pimpinan mengenai perkara itu hari sebelum pengumuman dibuat dan dia bersetuju untuk menjadi calon sebagai tanda akur kepada parti.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya mempunyai ketua dan bekerja sebagai organisasi, bukannya individu. Apabila diminta untuk bertanding, saya akur dengan keputusan parti dan akan cuba melaksanakan tanggungjawab dengan sebaik mungkin.
“Pemilihan saya sebagai calon juga adalah keputusan parti. Bukan saya yang meminta untuk menjadi calon. Sebelum ini, saya hanya melakukan tugas dan tanggungjawab saya seperti biasa.
“Malah, saya sendiri tidak pernah terfikir untuk menjadi calon. Dalam tempoh pemilihan itu dibuat, saya bekerja seperti biasa dan tiada pun yang memaklumkan atau bergurau menyatakan saya akan dipilih,” katanya.

Ustaz Wadi Tidak Minta Jadi Calon

Foto: Berita Harian

Dalam pada itu, Mohd Rizwadi turut memaklumkan jawatannya sebagai Timbalan Ketua Pemuda PAS Gua Musang sebelum ini juga gugur secara automatik sebaik menyertai BERSATU.

Artikel lain: PRK DUN Nenggiri: Bekas Timbalan Ketua Pemuda PAS Diumum Sebagai Calon PN

“Selepas diumumkan sebagai calon, saya akan berusaha sebaik mungkin untuk mendekati pengundi. Tugasan saya sebelum ini sebagai aktivis masyarakat dan Pengelola Dakwah Halaqat Gua Musang sedikit sebanyak memudahkan urusan saya.
“Pengalaman sepanjang bertugas sebagai anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) juga akan digunakan sebaik mungkin dalam tempoh berkempen,” ujarnya.

Ustaz Wadi Tidak Minta Jadi Calon

Foto: Kosmo

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum ini, Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Nassaruddin Daud mengumumkan Mohd Rizwadi sebagai calon BERSATU untuk bertanding mewakili PN pada PRK DUN Nenggiri pada 17 Ogos Depan.

Terdahulu, media melaporkan Mohd Rizwadi dikatakan baru menyertai BERSATU dua hari sebelum diumumkan sebagai calon.

Sumber: Berita Harian (Nor Fazlina Abdul Rahim)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Dunia

Seorang remaja perempuan dilaporkan maut selepas terjatuh dari tingkat empat di pusat membeli-belah MixC di bandar Jining, wilayah Shandong, China, 16 November lalu. Foto:...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd