Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kolumnis

Menangani Salah Faham Kebebasan Bersuara Di Alam Siber

Kedudukan Islam sebagai agama rasmi di Malaysia bukan menjadi penghalang kepada Malaysia untuk mengiktiraf hak asasi manusia. Kepelbagaian kaum, agama dan ras yang wujud dalam kalangan masyarakat Malaysia telah menjadikan ia sebagai sebuah negara yang unik yang membolehkan setiap agama mengamalkan cara hidup, budaya dan ritual keagamaan masing-masing tanpa sekatan dari mana-mana pihak selagi ia tidak memudaratkan agama Islam dan masyarakat persekitarannya.

Kebebasan bersuara di alam siber

Dalam aspek hak asasi manusia, hukum Islam telah meletakkan garis panduan khusus berkaitan dengan hak asasi manusia yang merangkumi hak berpolitik, keadilan kepada semua masyarakat tanpa mengira kaum dan agama, jaminan keselamatan, kebebasan bersuara dan sebagainya.

Perkembangan teknologi digitalisasai pada masa kini telah memberi impak terhadap perhubungan manusia yang membolehkan sistem komunikasi menjadi semakin mudah, cepat dan efisyen. Dengan berkembangnya sistem komunikasi melalui aplikasi Whatsapp, TikTok, Instagram, Twitter dan Facebook ia telah menjadi hub atau saluran dalam kalangan masyarakat untuk memberi pandangan, komentar dan luahan melalui media sosial.

Perkembangan teknologi dalam komunikasi dan sosial media telah menjadi salah satu medan untuk rakyat Malaysia dan seluruh dunia menyatakan pandangan peribadi sama ada berunsur positif atau negatif terhadap sesuatu isu yang tular sama ada melibatkan aspek sosial, perkauman, keagamaan, solidariti, kewangan dan pelbagai lagi. Lebih membimbangkan apabila isu yang dikupas menjurus kepada perbuatan fitnah, kejian, umpatan dan membuli yang dikaitkan dengan hak kebebasan mereka dalam memberi pandangan di alam maya (freedom of opinion).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Di Malaysia, kebebasan bersuara dalam kalangan rakyat Malaysia terutama dengan menggunakan media sosial semakin meningkat. Malah aspek negatif yang melibatkan buli siber dalam kalangan rakyat Malaysia menunjukkan peningkatan yang sangat membimbangkan. Menurut kajian Microsoft Global Youth Online Behaviour Survey yang dilakukan pada tahun 2012, Malaysia menduduki tangga ke-17 daripada 25 negara yang dikaji yang melibatkan isu buli siber. Dan statistik pada tahun 2020 yang diperoleh daripada Bernama menunjukkan Malaysia menduduki tempat ke dua di rantau Asia bagi kes buli siber.

Penggunaan akaun palsu dalam kalangan pembuli siber dengan mendapat ‘like’ dan sokongan berupa komen daripada pembuli siber yang lain telah menyebabkan aktiviti buli siber menjadi semakin agresif di alam maya dan meninggalkan impak depresi yang boleh mengancam kesihatan mental sehingga menyebabkan mangsa terdorong untuk membunuh diri. Lebih membimbangkan, infografik daripada akhbar di Malaysia menunjukkan isu buli siber dalam kalangan masyarakat di Malaysia pada hari ini lebih didominasi oleh golongan belia dan golongan pertengahan yang berusia 25 sehingga 40 tahun.

Pemahaman rakyat Malaysia terhadap hak kebebasan bersuara dengan menyatakan kebebasan mereka untuk mengutuk, memfitnah, mengumpat dan membuli secara beramai-ramai di alam maya adalah merupakan satu persepsi yang perlu ditangkis sebelum ia menjadi semakin parah dengan keberanian sesetengah golongan menjadi ‘hero’ di sebalik tabir. Perkembangan teknologi komunikasi yang sewajarnya digunakan untuk memudahkan manusia mendapat informasi dan komunikasi yang positif, akhirnya menjadi barah yang semakin menular dengan naratif negatif.

Secara umumnya kebebasan bersuara (Hurriyat al-Ra’y) atau kebebasan dalam memberi pandangan merupakan kaedah utama yang digunakan untuk menyuarakan pandangan dengan menggunakan pelbagai medium komunikasi seperti sosial media, akhbar dan penulisan artikel. Akan tetapi kebebasan dalam memberi pandangan tanpa limitasi dalam perundangan berasaskan undang-undang sivil atau hukum Islam boleh membawa kepada pergolakan dalam sesebuah masyarakat terutama diera digitalisasi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

alam siber

Hukum Islam telah meletakkan limitasi dalam kebebasan bersuara seperti tidak mengeluarkan pandangan berbaur kejian, provokasi, menghina dan mengeluarkan perkataan yang bersifat perkauman sebagai langkah untuk mengelakkan daripada kemudaratan yang boleh menggugat keharmonian dalam kalangan masyarakat. Allah berfirman dalam Surah al-Hujurat ayat 12 yang bermaksud:

“Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dianiayakan. Dan (ingatlah) Allah sentiasa mendengar lagi Maha mengetahui.”

Ayat tersebut secara jelas menunjukkan larangan Allah terhadap umat Islam dalam mengeluarkan sebarang perkataan, tulisan atau perbuatan yang mendorong kepada kejahatan. Kebebasan bersuara dalam kalangan masyarakat pada hari ini melalui aplikasi Whatsapp, Facebook, Tik Tok dan Instagram semakin membimbangkan apabila medium sosial media telah menjadi medan terbuka untuk semua lapisan masyarakat menghantar pandangan berbaur fitnah, kejian dan umpatan tanpa mengambilkira sensitiviti terhadap individu atau organisasi tertentu serta kesannya dari sudut hukum Islam.

Situasi ini telah menyimpang daripada Maqasid al-Syari’ah yang memperuntukkan kepentingan menjaga kemaslahatan manusia dengan berasaskan pendekatan ‘amar ma’ruf nahi munkar’ (seruan melakukan kebaikan dan menjauhi perkara yang membawa kerosakan) dan tabayyun (selidik) sebelum menyuarakan sesuatu perkara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Kaji Faktor Lahirnya Pembuli Siber

Oleh itu, bagi menjamin keharmonian seluruh masyarakat, kerajaan telah menguatkuasakan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dengan sabitan hukuman penjara dan denda atau kedua-duanya sekali di atas sabitan terhadap membangkitkan pecah keamanan, dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan bagi kesalahan mengaib dan memfitnah. Malah aspek perundangan dalam konteks undang-undang sivil dan syariah perlu diperketatkan bagi membasmi penyalahgunaan hak bersuara yang semakin menjurus kepada provokasi terhadap institusi Raja Berperlembagaan dan membangkitkan isu perkauman.

Justeru itu, kebebasan bersuara dalam kalangan masyarakat pluralistik di Malaysia masih diutamakan tetapi masyarakat Malaysia perlu membudayakan kebebasan bersuara yang sihat dan penuh hikmah (wisdom) bagi menjaga kemaslahatan setiap individu dan masyarakat daripada terus dicerobohi secara terbuka. Kesimpulannya dalam membentuk masyarakat Madani, pemahaman terhadap sikap toleransi dan kebebasan bersuara dengan bertunjangkan hukum Islam perlu diberi perhatian oleh setiap golongan masyarakat. Keharmonian dan kehidupan yang berasaskan peaceful co-existence dalam sesebuah negara dengan visi Malaysia Madani dapat dicapai dengan sikap saling hormat menghormati dan pemerkasaan nilai-nilai keagamaan (divine values) yang kukuh dalam diri setiap individu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Penulis merupakan pensyarah kanan di Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, dan boleh dihubungi di [email protected]

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd