Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

91 Murid SK Pulau Gaya Keracunan Makanan, Tiada Kes Kritikal Direkod – JPN Sabah

Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) mengesahkan 91 murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Gaya mengalami keracunan makanan dan kini sedang menerima rawatan di beberapa hospital serta klinik di sekitar Kota Kinabalu, Sabah.

Menerusi satu laporan Berita Harian, Pengarah JPNS Datuk Raisin Saidin berkata, perkara tersebut dikesan selepas guru mendapati terdapat murid yang mengalami muntah-muntah selain beberapa simptom lain kira-kira jam 12 tengah hari semalam.

Foto: Laman Web JPNS

“Pihak sekolah melalui guru-guru kemudian mendapatkan maklumat lanjut sekiranya terdapat murid lain yang terlibat dalam keracunan makanan.
“Maklumat awal yang diperoleh terdapat lebih daripada 20 orang murid yang terlibat dalam kes keracunan makanan di sekolah itu,” katanya.

Beliau berkata, tindakan segera pihak sekolah mengumpulkan maklumat murid yang terlibat kes keracunan makanan dan kemudian membawa mereka ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) di Likas, Hospital Queen Elizabeth (HQE) dan Klinik Kesihatan Luyang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Sabah Post

“Berdasarkan laporan dikumpul Unit Hal Ehwal Murid (HEM) Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu (PPDKK), seramai 55 murid dirawat di HWKKS, diikuti seramai 25 murid di HQE, Klinik Kesihatan Luyang (lapan murid), Klinik UTC Kota Kinabalu (seorang) dan dua lagi di Jeti SAFMA Kota Kinabalu.
“Sekolah juga menasihatkan ibu bapa dan penjaga agar membawa anak masing-masing untuk mendapatkan rawatan segera di klinik berhampiran sekiranya terdapat simptom keracunan makanan,” ujar beliau.

Foto: Media sosial

Raisin turut memaklumkan status kesihatan murid yang telah dirawat adalah pada tahap dua dan dalam pemantauan pihak hospital, manakala tiada kes tahap kritikal dilaporkan.

Sementara itu, Raisin juga berkata punca keracunan makanan masih disiasat pihak berkuasa dan masih belum diputuskan sama ada berpunca daripada makanan di kantin sekolah atau pembekalan Rancangan Makanan Tambahan (RMT).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Berita Harian (Izwan Abdullah)

Avatar
Written By Azurah Amilkasan

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) nafi dakwaan syarikat itu telah eksploitasi kanak-kanak sebagai pekerja. Menerusi satu kenyataan di Facebook, GISBH menegaskan pihaknya...

Lokal

Dua lelaki penarik kereta ditemui meninggal dunia dalam sebuah kenderaan dekat Jalan Persiaran 9, Taman Ampang pada Selasa. Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis...

Sukan

Bekas pelumba negara yang pernah membawa nama Malaysia ke peringkat Asia dan antarabangsa, Elly Idzlianizar Elias disahkan maut dengan 12 kesan tetakan. Memetik laporan...

Nasional

Bermula 1 Oktober ini, tiada lagi diskaun bagi barangan atau produk makanan dan minuman yang bergula dalam Program Jualan Rahmah MADANI. Timbalan Menteri Perdagangan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd