Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

PM Umum Imbuhan RM10k Kepada Pemain Dan Jurulatih Sepak Takraw Kebangsaan

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan imbuhan sebanyak RM10,000 kepada setiap pemain dan jurulatih pasukan sepak takraw kebangsaan.

Menerusi satu hantaran di Facebook, imbuhan itu diberikan susulan kejayaan pasukan sepak takraw kebangsaan pada Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 pada Mei lalu.

PM umum imbuhan RM10k kepada pemain dan jurulatih sepak takraw

Imbuhan Kepada Pemain Dan Jurulatih Sepak Takraw

Anwar mengumumkan perkata itu semasa mengadakan pertemuan dengan pasukan kebangsaan selepas kejayaan mereka memenangi pingat emas dan merangkul gelaran juara berganda dalam kejohanan tersebut.

“Sekalung tahniah dan penghargaan tertinggi buat seluruh anggota pasukan sepak takraw kebangsaan yang telah mengharumkan nama negara serta melonjakkan imej serta standard sukan sepak takraw kebangsaan di persada dunia,” katanya.

Imbuhan Kepada Pemain Dan Jurulatih Sepak Takraw

Anwar berkata beliau turut membincangkan beberapa perkara termasuk keperluan mewujudkan stadium sepak takraw negara, status sepak takraw sebagai sukan bukan teras, peluang melanjutkan pelajaran serta kerjaya dan kebajikan atlet sepak takraw.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Penerbangan Khas Sudah Berlepas, KPT Sediakan Bantuan Kepada Pelajar Pulang Dari Bangladesh

Terdahulu, skuad sepak takraw kebangsaan mencipta sejarah selepas menamatkan penguasaan Thailand selepas menewaskan negara itu pada perlawanan akhir regu dan double, masing-masing dengan keputusan 2-0.

Imbuhan Kepada Pemain Dan Jurulatih Sepak Takraw

Bagaimanapun, penantian 33 tahun skuad sepak takraw negara untuk muncul juara acara regu berpasukan pula terus berpanjangan selepas tewas kepada Thailand 1-2 dalam aksi final.

Sumber: Facebook Anwar Ibrahim

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) nafi dakwaan syarikat itu telah eksploitasi kanak-kanak sebagai pekerja. Menerusi satu kenyataan di Facebook, GISBH menegaskan pihaknya...

Lokal

Dua lelaki penarik kereta ditemui meninggal dunia dalam sebuah kenderaan dekat Jalan Persiaran 9, Taman Ampang pada Selasa. Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis...

Sukan

Bekas pelumba negara yang pernah membawa nama Malaysia ke peringkat Asia dan antarabangsa, Elly Idzlianizar Elias disahkan maut dengan 12 kesan tetakan. Memetik laporan...

Nasional

Bermula 1 Oktober ini, tiada lagi diskaun bagi barangan atau produk makanan dan minuman yang bergula dalam Program Jualan Rahmah MADANI. Timbalan Menteri Perdagangan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd