Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Enam Pelancong Dilapor Maut Dalam Bilik Hotel, Dipercayai Akibat Diracun

Enam orang pelancong, tiga lelaki dan tiga perempuan ditemukan meninggal dunia dipercayai akibat keracunan di sebuah bilik hotel terkemuka di kawasan Ratchaprasong, Bangkok semalam.

Menurut satu laporan CNN, pesuruhjaya Polis Metropolitan Bangkok Thiti Saengsawang berkata, kesemua mayat tersebut ditemui oleh kakitangan hotel di sebuah bilik di tingkat lima Hotel Grand Hyatt, selepas tetamu terlepas masa daftar keluar lebih 24 jam.

Foto: The Sun

“Kejadian itu nampaknya bukan rompakan, dan tiada satu pun mayat menunjukkan tanda-tanda mengalami keganasan fizikal.
“Mereka tidak mencederakan diri mereka sendiri,” katanya.

Thiti berkata, pihaknya sangat percaya kesemua mangsa diracun kerana terdapat cawan dengan kesan serbuk putih terletak di dalam bilik itu bersama makanan yang telah dipesan mereka sebelum ini, namun masih belum disentuh.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: The Sun

“Seorang anggota parti itu cuba mencapai pintu tetapi terjatuh sebelum dapat berbuat demikian,” jelasnya lagi.

Beliau menjelaskan, pihaknya kini sedang mencari suspek, yang merupakan orang ketujuh dalam tempahan hotel berkenaan selain meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) serta menemu bual saksi untuk menentukan punca kematian.

Foto: CNN

Untuk makluman, siasatan awal mendapati mangsa adalah dua warga Amerika Syarikat berketurunan Vietnam dan empat lagi adalah warga Vietnam telah meninggal dunia dalam tempoh kurang daripada 24 jam serta ditemukan kira-kira jam 4.30 petang, pada Selasa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: CNN (

Avatar
Written By Azurah Amilkasan

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh selar kenyataan Ahli Parlimen (MP) Seputeh, Teresa Kok yang mempersoalkan cadangan mewajibkan restoran dan syarikat makanan yang...

Sosial

Tular video di media sosial memaparkan kali terakhir seorang gadis, Nia Kurnia Sari dilihat warga kampung sebelum dilaporkan hilang dan mayatnya ditemui beberapa hari...

Sosial

YouTuber mukbang, Nikocado Avocado beri kejutan kepada para penontonnya selepas memuat naik video terbaharu menerusi saluran miliknya yang memaparkan dia kini yang sudah kurus....

Lokal

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memperuntukkan sebanyak RM1 juta kepada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) bagi membantu golongan yang terbeban dengan hutang....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd