Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Kementerian Guna Teknologi Dron Pantau Pencemaran Alam Sekitar – Nik Nazmi

Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam menerusi Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) menganjurkan Simposium Dron Kebangsaan (NaDS) 2024 yang bertujuan untuk menggalakkan pengoperasian dron secara bertanggungjawab berdasarkan kerangka perundangan semasa.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kementeriannya turut mengaplikasikan penggunaan teknologi dron secara meluas selepas menyedari pelbagai manfaat dan faedah daripada kegunaan teknologi tersebut.

“Teknologi dron turut diaplikasikan bagi memantau kesalahan pencemaran alam sekitar dan pencerobohan hutan, pemantauan aktiviti hidupan liar di dalam kawasan perlindungan, menghasilkan fotogrametri udara dan menentukan arah kiblat bagi kawasan bercerun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan simposium tersebut yang bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.

Nik Nazmi berkata, kira-kira 30 unit daripadanya tidak kurang 100 dron dimiliki oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), manakala selebihnya pula dimiliki oleh pelbagai Kementerian/Jabatan/Agensi di Malaysia.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam menerusi INSTUN komited untuk menerajui program latihan berimpak tinggi bagi tujuan peningkatan produktiviti, memacu revolusi industri dan meningkatkan daya saing negara selaras dengan nilai-nilai teras Malaysia Madani,” ujarnya.

Sementara itu, NaDS yang dianjurkan itu berperanan sebagai platform khusus bagi perkongsian teknologi dan aplikasi terkini oleh pemain industri yang memiliki minat mendalam terhadap teknologi dron termasuk ahli profesional, warga perkhidmatan awam, ahli akademik dan orang awam.

NaDS yang dihadiri kira-kira 150 peserta itu juga merupakan platform terbaik bagi memahami lebih dalam tentang potensi, kebolehupayaan dan keterbatasan teknologi dron, selain perkongsian cara mengatasi isu dan cabaran yang ada.

Untuk makluman, dron telah mencipta inovasi baharu bagi penyelesaian pelbagai bidang di Malaysia antaranya keselamatan, pertahanan, pengurusan bencana, pemetaan, pertanian, perfileman, penciptaan kandungan, pelancongan dan rekreasi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Avatar
Written By Azurah Amilkasan

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) akan mengenal pasti pihak lain yang didapati melakukan...

Lokal

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh selar kenyataan Ahli Parlimen (MP) Seputeh, Teresa Kok yang mempersoalkan cadangan mewajibkan restoran dan syarikat makanan yang...

Spotlight

Linkin Park membuat kemunculan semula dengan barisan ahli baharu, selepas tujuh tahun menyepi sejak kematian vokalis utama, Chester Bennington pada tahun 2017. Menurut laporan...

Sosial

YouTuber mukbang, Nikocado Avocado beri kejutan kepada para penontonnya selepas memuat naik video terbaharu menerusi saluran miliknya yang memaparkan dia kini yang sudah kurus....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd