Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Rai Awal Muharam Dan Ulang Tahun ke-15, Siti Khadijah Lancar Program Berkah Asyura

Sempena meraikan sambutan Awal Muharam, jenama pengeluar kelengkapan pakaian ibadah Siti Khadijah menganjurkan Program Berkah Asyura dengan mengadakan gotong royong memasak di Masjid Al Hasanah di Bangi, Selangor pada Sabtu

Ketua Pegawai Komersial Kumpulan Siti Khadijah, Mohammad Muhaimin Aminuddin berkata, program itu buat pertama kalinya dianjurkan membabitkan lebih kurang 20 kakitangan syarikat tersebut.

Siti Khadijah lancar program Berkah Asyura

Berkah Asyura

Malah, tidak ketinggalan beberapa selebriti dan ikon agama turut menyertai program tersebut antaranya Shamsul Ghau Ghau, Anas Tahir, Dai Izzhar Nazri dan Imam Muda Asyraf.

“Kami berkongsi hajat dengan pihak masjid untuk menganjurkan program ini dan Alhamdulillah ia disambut baik.
“Jadi sempena sambutan ulang tahun Siti Khadijah yang kelima belas tahun, kami bekerjasama dengan pihak masjid bagi menyantuni komuniti setempat di Bangi dengan mengedarkan bubur asyura secara percuma” katanya.

Berkah Asyura

Mohammad Muhaimin berkata, persiapan dan penyediaan memasak empat kawah bubur bermula seawal jam 8 pagi dan proses pengagihan sebanyak 500 bekas dilakukan secara pandu lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: TV AlHijrah Buka Tirai Tahun Ini Dengan Pelbagai Program Bermanfaat

“Untuk program pertama ini kami memilih masjid berkenaan kerana mengambil simbolik butik pertama yang dibuka pada tahun 2010 di sini dan InsyaAllah ia akan diteruskan setiap tahun di masjid-masjid lain pula.
“Program sebegini mampu mendidik kita lebih dekat dengan masyarakat disamping membawa jenama Siti Khadijah tetap dihati orang ramai.
“Bubur Asyura itu sendiri mempunyai pengajaran tersendiri yang mungkin semakin dilupakan, jadi inilah inisiatif kita untuk menghidupkan kembali budaya bergotong royong” ujarnya.

Berkah Asyura

Beliau berkata, Siti Khadijah mempunyai pelbagai rancangan yang sedang diteliti selain bakal memeriahkan lagi sambutan Keretapi Sarong 2024 pada September nanti.

Avatar
Written By Nor Hidayah

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) nafi dakwaan syarikat itu telah eksploitasi kanak-kanak sebagai pekerja. Menerusi satu kenyataan di Facebook, GISBH menegaskan pihaknya...

Lokal

Dua lelaki penarik kereta ditemui meninggal dunia dalam sebuah kenderaan dekat Jalan Persiaran 9, Taman Ampang pada Selasa. Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis...

Sukan

Bekas pelumba negara yang pernah membawa nama Malaysia ke peringkat Asia dan antarabangsa, Elly Idzlianizar Elias disahkan maut dengan 12 kesan tetakan. Memetik laporan...

Nasional

Bermula 1 Oktober ini, tiada lagi diskaun bagi barangan atau produk makanan dan minuman yang bergula dalam Program Jualan Rahmah MADANI. Timbalan Menteri Perdagangan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd