Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Gempa Bumi Landa Filipina, Gegaran Turut Dirasai Di Sekitar Sabah, Labuan

Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan gempa bumi kuat yang berukuran 6.6 pada skala Richter berlaku di Mindanao, Filipina pada 10.13 pagi tadi.

Ketua Pengarah Muhammad Helmi Abdullah berkata, gegaran daripada gempa bumi tersebut turut dirasai di sekitar negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Foto: Laman Web Jabatan Meteorologi Malaysia

“Pusat gempa bumi tersebut terletak 6.1 darjah Utara dan 123.3 darjah Timur dengan kedalaman 632 km,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau juga melaporkan gempa bumi tersebut terletak kira-kira 154 km Tenggara dari Bandar Isabela, Filipina.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” ujarnya.

Sementara itu, Berita Harian pula melaporkan penghuni di beberapa bangunan tinggi di daerah Kota Kinabalu, Sabah bergegas turun dan keluar dari bangunan tersebut berikutan gegaran yang dirasai mereka selama kira-kira 10 saat.

Foto: Berita Harian

Pegawai Jabatan Bomba dilaporkan berkata, pihaknya telah melakukan pemantauan dan pemindahan bangunan di beberapa daerah, seperti Kota Kinabalu, Penampang, Tawau, Sandakan, Ranau, dan Kota Belud berikutan gegaran berkenaan.

Untuk makluman, Filipina merupakan negara yang sering dilanda gempa bumi dan kejadian terakhir dilaporkan pada awal tahun ini dengan ukuran 6.7 pada skala Richter melanda kawasan pantai Selatan Filipina.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Laman Web Jabatan Meteorologi Malaysia, Berita Harian (Olivia Miwil)

Avatar
Written By Azurah Amilkasan

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Atlet olahraga negara, Eddy Bernard meraih pingat gangsa pertama untuk Malaysia di temasya Sukan Paralimpik Paris dalam acara 100m T44 (kecacatan fizikal) di Stade...

Sukan

Penampilan pertama Muhammad Fareez di Sukan Paralimpik Paris 2024 memberi aksi kurang memberangsangkan kerana terlampau memikirkan untuk merebut kemenangan dalam perlawanan penentuan pingat gangsa...

Lokal

Dua lelaki meninggal dunia selepas motosikal yang ditunggang mereka bertembung di Jalan Pendek, Kampung Kota, Kota Bharu petang semalam. Menerusi laporan Kosmo!, kejadian berlaku...

Spotlight

Selebriti popular Indonesia, Atta Halilintar bengang apabila terdapat khabar angin mengatakan dia sudah berkahwin dengan Youtuber terkenal, Ria Ricis yang juga merupakan bekas isteri...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd