Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

KBS Salur RM300,000 Buat Atlet Profesional Ke Sukan Olimpik Paris 2024

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah menyalurkan geran bantuan kepada empat orang atlet profesional negara sebagai persiapan menghadapi temasya Sukan Olimpik Paris 2024 yang akan berlangsung pada hujung bulan ini.

Menterinya Hannah Yeoh berkata, geran bantuan berjumlah keseluruhan RM300,000 itu disalurkan menerusi Majlis Sukan Negara (MSN) kepada atlet-atlet profesional sukan golf dan badminton iaitu Gavin Kyle Green dan Ashley Lau Jen Wen daripada sukan golf selain Lee Zii Jia serta Goh Jin Wei bagi sukan badminton.

Foto: Berita Harian

“Pertandingan bagi golf di Sukan Olimpik kali ini akan berlangsung daripada 1 hingga 10 Ogos 2024 manakala badminton daripada 27 Julai hingga 5 Ogos 2024.
“Geran bantuan ini adalah inisiatif Kementerian untuk membantu meringankan beban atlet profesional negara bagi menyertai beberapa kejohanan kelayakan, kejohanan pendedahan, kem latihan, rakan pelatih (sparring partner) dan perkhidmatan sokongan demi memastikan persiapan serta latihan mereka dalam keadaan optimum,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Foto: FB KBS

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau juga berkata, inisiatif tersebut termasuk komitmen KBS untuk membantu setiap atlet yang membawa bendera Malaysia ke peringkat persada dunia selain merupakan satu bentuk bantuan kewangan daripada kerajaan.

“Kami mahu para atlet tahu mereka pergi dengan sokongan penuh kerajaan dan seluruh negara.

Foto: FB KBS

“Pihak Kementerian juga berharap bantuan tambahan ini sedikit sebanyak akan mampu membantu atlet-atlet memberi tumpuan kepada persiapan masing-masing dan memberikan persembahan terbaik mereka apabila turun mengejar kejayaan di kota Paris nanti,” jelasnya lagi

Untuk makluman, sukan golf dijadualkan membuka tirai pertandingan bermula pada 1 hingga 10 Ogos depan manakala badminton pula akan bermula dari 27 Julai hingga 5 Ogos.

Sumber: Facebook KBS Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Avatar
Written By Azurah Amilkasan

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Spotlight

Penyanyi runut bunyi anime, Sayuri meninggal dunia 20 September lalu pada usia 28 tahun, hanya enam bulan selepas berkahwin dengan suaminya, Amaarashi. Menerusi satu...

Sosial

Seorang pegawai polis dari Thailand cakap Bahasa Melayu untuk menasihati rakyat Malaysia yang melawat negara itu sentiasa membawa lesen memandu tidak kira lesen memandu...

Spotlight

Baru-baru ini, pelakon terkenal Indonesia, Raffi Ahmad  menerima gelaran doktor honoris causa atau doktor kehormat dari Universal Institute of Professional Management (UIPM) di Thailand....

Lokal

Muhammad Amir Hakimi Sabari, anak kepada pesara Felcra, Sabari Baharom yang disyaki dibunuh dengan cara dicampak ke dalam Sungai Padang Terap, Jitra akui kenal...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd