Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Azeem Diberi ‘Wild Card’ Ke Olimpik Paris, Meremang Dengan Keputusan KOM

Pelari pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi mengakui masih meremang dengan keputusan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) yang memberikannya slot ‘wild card’ untuk beraksi di temasya Sukan Olimpik Paris 2024.

Memetik laporan Harian Metro, Azeem tidak menafikan bahawa dirinya masih terkejut dengan pemilihan tersebut meskipun dia sudah bersiap sedia dengan apa sahaja keputusan KOM berhubung pemilihan slot temasya sukan terbabit.

Foto: Bernama

“Saya bersyukur dan hilang kata-kata, masih meremang (dengar pengumuman ke Paris). Saya tak jangka dapat tiket ke Sukan Olimpik 2024 dan sebenarnya, saya sudah bersedia sepenuhnya untuk menerima apa sahaja keputusan daripada Presiden KOM, Datuk Seri Shahidan Kassim.
“Jadi apabila berita itu satu perkara yang positif, ini adalah peluang terbaik untuk saya terus berkembang dan terus meningkatkan prestasi diri sendiri. Ini satu peluang yang amat baik untuk karier saya,” katanya ketika ditemui di Gelanggang Olahraga Universitas Negeri Surabaya (UNESA), semalam.

Terdahulu, pemegang rekod kebangsaan acara 100 meter (m) itu telah diberikan ‘wild card’ oleh KOM sekali gus membolehkan Azeem beraksi di Sukan Olimpik Paris 2024 yang bakal bermula 26 Julai ini.

Foto: NSTP

Advertisement. Scroll to continue reading.

Keputusan yang diumumkan oleh Shahidan itu sekali gus telah mengetepikan seorang lagi calon wild card ke Paris iaitu pelari 400m wanita negara, Shereen Samson Vallabouy.

Sumber: Harian Metro (Syafiq Aznan)

Nadhirah Suhaimi
Written By Nadhirah Suhaimi

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Spotlight

Penyanyi runut bunyi anime, Sayuri meninggal dunia 20 September lalu pada usia 28 tahun, hanya enam bulan selepas berkahwin dengan suaminya, Amaarashi. Menerusi satu...

Sosial

Seorang pegawai polis dari Thailand cakap Bahasa Melayu untuk menasihati rakyat Malaysia yang melawat negara itu sentiasa membawa lesen memandu tidak kira lesen memandu...

Spotlight

Baru-baru ini, pelakon terkenal Indonesia, Raffi Ahmad  menerima gelaran doktor honoris causa atau doktor kehormat dari Universal Institute of Professional Management (UIPM) di Thailand....

Lokal

Muhammad Amir Hakimi Sabari, anak kepada pesara Felcra, Sabari Baharom yang disyaki dibunuh dengan cara dicampak ke dalam Sungai Padang Terap, Jitra akui kenal...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd