Selepas dibuang oleh syarikat jenama Adidas, penyanyi rap, Kanye West kini dikatakan sedang membuka langkah mencari rakan niaga baharu.
Bagaimanapun, cubaannya untuk menjalinkan kerjasama bersama jenama Skechers akhirnya mengundang padah apabila dia dihalau keluar dari pejabat urusan itu sendiri.
Difahamkan, kehadiran Kanye West atau kini dikenali Ye adalah tidak diundang selain tidak menerima mana-mana notis daripada Skechers.
Perkara itu disahkan sendiri oleh Skechers dalam satu kenyataan di mana ia menyatakan dua orang pegawai mereka membawa Ye keluar dari pejabat tersebut selepas dia membuat rakaman tanpa kebenaran di premis berkenaan.
“Skechers tidak mempertimbangkan atau berminat untuk bekerjasama dengan West,” kata pihak Skechers dalam satu kenyataan.
After Adidas dropped him, Kanye West showed up uninvited to Skechers headquarters to try and find a new home for his Yeezy shoes, but was immediately escorted out.
Skechers is owned and operated by a Jewish family. pic.twitter.com/CUQslYBBDo
— Pop Base (@PopBase) October 26, 2022
Selain Adidas dan Skechers, terdapat beberapa jenama lain telah menamatkan kerjasama bersama Ye iaitu Gap, Balenciaga dan Foot Locker.
Sehingga kini, wakil daripada Ye masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung kenyataan tentang keadaan kesihatan mental bekas suami bintang tersohor, Kim Kardashian perihal beberapa perkongsian di media sosial miliknya.
Malah, Ye juga kehilangan status billionaire yang dipegangnya sebelum ini selepas tamatnya kontrak bersama Adidas serta-merta.
“Adidas tidak bertolak ansur dengan komen kebencian. Komen dan tindakan Ye baru-baru ini tidak boleh diterima, penuh kebencian, berbahaya dan ia melanggar nilai kepelbagaian dan polisi syarikat agar saling menghormati,” kata wakil Adidas susulan kenyataan anti Yahudi dibuat oleh penyanyi tersebut.
Bagaimanapun, Ye dilihat kekal bertenang dan cuba berfikiran positif dengan apa yang berlaku terhadap dirinya.
Sumber: NBC, Instagram @kanyewest