Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Tawar Matrikulasi Untuk Semua 10A SPM Tidak Jejaskan Kuota Bumiputera – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa keputusan menawarkan tempat ke matrikulasi kepada semua lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mendapat keputusan 10A ke atas tanpa mengira kaum atau latar belakang tidak akan menjejaskan kuota Bumiputera.

Menurut satu laporan Free Malaysia Today, Anwar berkata, kuota kemasukan Bumiputera ke kolej matrikulasi menjadi bualan dan polemik kerana terdapat pihak yang mempertikaikan hak minoriti manakala pihak satu lagi pula mempersoalkan hak Bumiputera yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Foto: FMT

“Kita (Jemaah Menteri) ambil jalan yang kita anggap adil dan munasabah, kalau dia (pelajar) itu rakyat dan warga kita, kita harus pelihara tapi kita juga terima kenyataan mengenai meritokrasi, jadi tanpa mengira kaum dan wilayah, dapat 10A kita beri jaminan tempat di matrikulasi,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Perhimpunan Bulanan bersama Warga Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Ini akan mengurangkan ‘ketegangan’ yang dihadapi Kementerian Pendidikan hampir setiap tahun (apabila keputusan penempatan matrikulasi diumumkan).
“Keadaan itu boleh menghangatkan suasana politik yang kadangkala boleh membawa ketegangan kaum dan sosial,” ujarnya.

Sebelum ini, Anwar mengumumkan kerajaan akan memberi jaminan kepada semua lepasan SPM yang mendapat keputusan 10A ke atas tanpa mengira kaum dan wilayah untuk ditawarkan peluang melanjutkan pengajian di peringkat matrikulasi yang bermula pada tahun ini.

Foto: cikgupress.com

Beliau  berkata, keputusan berkenaan telah dipersetujui dalam Jemaah Menteri pada mesyuarat Jumaat lepas dan tidak akan mengganggu kuota pelajar Bumiputera yang sedia ada.

Untuk makluman, Program Matrikulasi merupakan satu program persediaan bagi pelajar Bumiputera untuk melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama dalam bidang sains, teknologi dan sastera ikhtisas ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam dan luar negara pada 1998, dan bermula pada sesi 2003/2004, sebanyak 10 peratus peluang telah dibuka kepada pelajar bukan Bumiputera untuk mengikuti program berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Free Malaysia Today (Lynelle Tham)

Avatar
Written By Azurah Amilkasan

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang bapa meluah rasa terkilan sambil menangis selepas mendapati anak perempuannya telah dinikahi dengan pengurus sekolah pondok anaknya tanpa izinnya. Memetika laporan tvonenews, bapa...

Dunia

Seorang datuk membongkar kematian cucu perempuannya yang maut dipukul oleh bapa tiri dan ibu kandung didakwa akibat tertumpahkan air minuman di kediaman mereka di...

Sukan

Majlis Olimpik Malaysia (MOM) memutuskan untuk menambah baik reka bentuk sedia ada bagi melambangkan motif Harimau yang lebih jelas di jaket serta logo MOM...

Sosial

Lagu rasmi Universiti Teknologi MARA (UiTM) iaitu UiTM di Hatiku menjadi tular di media sosial selepas ia digunakan oleh pelajar-pelajar dari luar negara video...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd