Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Operasi SAR: Usaha Cari Anggota TDM Yang Hilang Memasuki Hari Ke-10

Usaha pencarian seorang anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) yang hilang semasa melaksanakan Op UKUR bersama Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) di Limbang, Sarawak pada 18 Jun 2024 masih giat dijalankan melalui Operasi Search and Rescue (SAR).

Sel Perhubungan Raya Markas TDM memaklumkan bahawa usaha pencarian Prebet Muhammad Syafiq Hilmi Abd Halim, anggota Batalion Ketujuh Rejimen Sempadan (RS) berpangkalan di Kem Kidurong, Bintulu yang masih giat dijalankan itu telah memasuki hari kesepuluh, semalam.

Foto: Astro Awani

“Pencarian masih diteruskan sehingga hari ini dengan menggunakan kaedah Air Search dan Ground Search di sekitar kawasan Ulu Mendalam di Limbang, Sarawak.
“Antara aset yang diaturgerakkan adalah helikopter EC 725 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), helikopter LOH (AW 109) Agusta milik TDM dan dipergiatkan lagi dengan bantuan unit Anjing Pengesan K9 dari Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Sementara itu, turut dimaklumkan anggota dari Combat Air Rescue TUDM, Pasukan Gerakan Am (PGA) PDRM dan anggota Jabatan Ukur dan Pemetaan JUPEM yang melaksanakan Op UKUR turut membantu melakukan pencarian mangsa di lokasi kejadian.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Manakala di sektor Brunei Darussalam, pihak Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) turut melaksanakan pencarian di sekitar kawasan radius pencarian,” ujarnya.

Foto: Berita Harian

TDM memaklumkan pihaknya kekal komited dan konsisten dalam operasi pencarian tersebut sekali gus berharap kerjasama daripada masyarakat supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menggangu misi pencarian.

Terdahulu, kejadian berlaku pada kedudukan dijarak dua kilometer di atas permatang sempadan Malaysia-Brunei dari tanda sempadan E500 menghala ke arah E600, selepas Ketua Kumpulan mendapati Prebet Muhammad Syafiq Hilm tiada di posisi belakang kumpulan sekitar lebih kurang jam 12 tengah hari pada 18 Jun lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Azurah Amilkasan

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Dunia

Seorang remaja perempuan dilaporkan maut selepas terjatuh dari tingkat empat di pusat membeli-belah MixC di bandar Jining, wilayah Shandong, China, 16 November lalu. Foto:...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd