Pemain perseorangan kebangsaan, Lee Zii Jia berjaya menduduki tempat pertama bagi pukulan smash terkuat dalam kejohanan Terbuka Australia dan menewaskan wakil dari Taiwan, Lin Chun Yi.
Memetik laporan Astro Awani, Zii Jia telah berjaya menamatkan perlawanan menentang lawannya dari Jepun iaitu Kodai Naraoka sekali gus mengharumkan nama negara apabila bergelar juara pada kejohanan yang berlangsung di Sydney, minggu lalu.
Foto: The Stars
Memandangkan atlet berusia 26 tahun ini merupakan pilihan kedua kejohanan berkenaan, dia berhasrat agar pertemuan kali keenamnya dengan pemain nombor enam dunia itu memihak kepada dirinya.
Selain berjaya meraih kemenangan dalam kejohanan berkenaan, pemain badminton kelahiran Alor Setar, Kedah ini turut memberi impak besar apabila berjaya mencatat rekod pukulan terkuat dengan kelajuan 452.3km sekali gus merampas kedudukan Lin Chun Yi di tempat pertama.
Foto: AFP
Sebelum ini, Zii Jia pernah menguasai carta di kejohanan Malaysia Masters sekali gus mencipta rekod pukulan terkuat selain berada di kedudukan ketiga semasa Terbuka Indonesia di belakang seorang lagi pemain perseorangan negara, Leong Jun Hao.
Sumber: Astro Awani