Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Kerajaan Peruntuk RM5 Juta Laksana Operasi Pembenihan Awan Di Kelantan

Kerajaan telah bersetuju untuk melaksanakan operasi pembenihan awan (OPA) di Kelantan dengan peruntukan RM5 juta selama tiga hari yang bermula pada 21 hingga 23 Jun ini.

Menerusi satu kenyataan, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, operasi yang akan dilaksanakan selama tiga hari tersebut diharap dapat meningkatkan paras air Sungai Kelantan agar dapat mengairi kawasan-kawasan pertanian yang terjejas ketika ini.

Foto: FB Zahid Hamidi

“OPA adalah tindakan awal yang dilakukan Kerajaan Persekutuan bagi mengatasi penyusutan air Sungai Kelantan dan menangani impak fenomena cuaca panas serta Monsun Barat Daya yang dijangka berterusan sehingga penghujung September 2024.
“Malah, taburan hujan yang rendah yang dicatatkan bermula Februari hingga April tahun ini telah menyumbang kepada penyusutan paras air Sungai Kelantan serta menggangu operasi pam di seluruh Kawasan KADA,” katanya.

Beliau juga berkata, Sungai Kelantan perlu mencapai aras air pada ketinggian 4.90 meter bagi membolehkan Rumah Pam Kemubu beroperasi sepenuhnya, tetapi KADA hanya merekodkan aras air sungai Kelantan terendah iaitu 2.19 meter pada minggu kedua April 2024 lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Berita Harian

“Justeru, sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat, saya telah meluluskan penggunaan dana Tabung Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN) sebanyak RM 5 juta bagi menjayakan Operasi Pembenihan Awan ini.
“Usaha ini diharap dapat segera memberikan sumber air yang mencukupi di kawasan tadahan hujan sepanjang tempoh negara berhadapan dengan cuaca panas dan kering, khususnya di Negeri Kelantan,” ujarnya lagi.

Ahmad Zahid juga berharap usaha bersepadu yang dilaksanakan itu dapat membantu meningkatkan kapasiti air di kawasan tadahan hujan dan seterusnya menjamin bekalan air dapat disalurkan kepada pengguna tanpa sebarang gangguan.

Foto: mhdaily.net

“Saya juga telah menyarankan pihak Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) untuk melaporkan perincian hasil Operasi Pembenihan Awan ini pada 23 Jun 2024 nanti,” jelas beliau.
Untuk makluman, operasi tersebut dijalankan melalui penyelarasan antara NADMA, KPKM, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), dan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) pada 21 hingga 23 Jun 2024.

Sumber: FB Zahid Hamidi

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Azurah Amilkasan

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd