Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

SLS Dapat Kebenaran Cabar Hak 40 Peratus Hasil Sabah Yang Dikutip Persekutuan

Mahkamah Rayuan menolak rayuan Peguam Negara terhadap kebenaran yang diberikan Mahkamah Tinggi kepada Persatuan Undang-Undang Sabah (SLS) berkaitan dengan semakan kehakiman 40 peratus hasil Sabah pada November 2022 lalu.

Menurut laporan Buletin TV3, bekas Presiden SLS Datuk Roger Chin berkata, SLS kini boleh meneruskan prosiding semakan kehakiman berkaitan dengan kelayakan Sabah mendapatkan semula 40 peratus hasil yang dikutip Kerajaan Persekutuan di negeri itu.

Foto: Berita Harian

“Rayuan Peguam Negara ditolak tanpa perintah mengenai kos. Perbicaraan substantif semakan kehakiman akan didengar Mahkamah Tinggi,” katanya.

Beliau juga berkata bahawa SLS akan mengeluarkan kenyataan penuh berkaitan dengan perkara tersebut selepas ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu telah memberikan kebenaran kepada SLS memulakan semakan kehakiman berhubung dakwaan kegagalan kerajaan persekutuan memulangkan 40 peratus hasil tahunan yang diperoleh kerajaan Sabah kepada kerajaan negeri pada 11 November 2022.

Susulan itu, Hakim Mahkamah Tinggi Ismail Brahim membenarkan permohonan SLS mendapatkan kebenaran untuk meneruskan semakan kehakiman kerana mempunyai locus standi untuk berbuat demikian kerana ia adalah litigasi berkepentingan awam.

Foto: Berita Harian

Sementara itu, Jabatan Peguam Negara (AGC) bagaimanapun memperoleh perintah penangguhan bagi menghalang Mahkamah Tinggi untuk mendengar merit kes tersebut sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk makluman, SLS telah memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi membatalkan warta Kerajaan Persekutuan ke atas Sabah, iaitu geran tahunan sebanyak RM125.6 juta dengan mendakwa perkara tersebut melanggar hak hasil negeri di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Sumber: Buletin TV3

Written By Azurah Amilkasan

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Dunia

Seorang remaja perempuan dilaporkan maut selepas terjatuh dari tingkat empat di pusat membeli-belah MixC di bandar Jining, wilayah Shandong, China, 16 November lalu. Foto:...

Politik

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) hanya memberikan gred D, iaitu 35.8 peratus sepanjang dua tahun pentadbiran Kerajaan Perpaduan walaupun ramai menyifatkan kerajaan...

Nasional

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh mengkritik kenyataan yang dibuat oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkaitan dengan isu yang melibatkan kedudukan individu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd