Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Anggota Polis Ditemui Tidak Bernyawa Di Tandas Hentian R&R

Seorang anggota polis telah ditemui tidak bernyawa di sebuah tandas hentian rehat dan rawat (R&R) lebuh raya di Nilai pada petang Khamis, semalam.

Menerusi laporan Sinar Harian, perkara itu telah diberitahu dan disahkan sendiri oleh Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim.

Foto: Weird Kaya

Beliau memberitahu, pihaknya telah menerima panggilan telefon daripada orang awam berhubung kejadian itu pada hari yang sama, jam 5.45 petang.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Hasil siasatan awal mendapati si mati berumur 25 tahun yang telah berkahwin dijumpai mati di tiang besi atas penghadang di dalam tandas.
“Si mati merupakan anggota polis yang bertugas di Kuala Lumpur,” katanya.

Dalam pada itu, Abdul Malik berkata, Bahagian Forensik Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Negeri Sembilan membantu siasatan di tempat kejadian dan mendapati tiada kesan kecederaan pada tubuh si mati.

Foto sekadar hiasan

Beliau menjelaskan, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat mangsa telah dihantar ke Bahagian Forensik Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk bedah siasat.

Sehubungan dengan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta untuk menghubungi pihak polis dan dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan dijalankan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Sinar Harian (Norafidah Assan)

Avatar
Written By Firdaus Rostam

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Tular di media sosial satu video memaparkan seorang wanita yang juga merupakan isteri dengan tenang terjah suami sedang dating dan berlaku curang terhadapnya pada...

Lokal

Polis sahkan penemuan orang awam di celah pokok dalam kebun durian di Jalan Yong Peng-Muar bersebelahan Kompleks Penghulu pada Isnin merupakan rangka manusia dan...

Lokal

Hakim Mahkamah Sesyen Bandar Baru Bangi, Shahrul Rizal Majid menasihati ‘Miza Ozawa’ yang menjalankan aktiviti persundalan menerusi aplikasi Telegram supaya pulang ke kampung dan...

Lokal

Pakar penyakit ginjal kronik, Prof. Dr. Ab Aziz Al-Safi Ismail telah menerima sijil daripada Asia Book of Records atas pencapaiannya merawat jumlah pesakit penyakit...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd