Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Tingkat Kesedaran Generasi Muda, KPN Komited Pelihara Bahan Arkib Sebagai Warisan Khazanah

Kementerian Perpaduan Negara (KPN) komited dalam memelihara dan melestarikan bahan arkib sebagai warisan khazanah sekali gus meningkatkan kesedaran masyarakat terutama generasi muda terhadap peranan serta kepentingan institusi arkib dengan bahan sejarahnya.

Menerusi satu kenyataan, Sambutan Minggu Arkib Antarabangsa 2024 yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Saraswathy Kandasami hari ini bertujuan untuk memberi peluang kepada institusi arkib seluruh dunia melaksanakan program atau aktiviti selama seminggu.

Foto: FB Arkib Negara Malaysia

KPN berkata, pelaksanaan sambutan ini melalui Arkib Negara Malaysia (ANM) adalah selari dengan flagship ‘Kembara Perpaduan’ di bawah kluster ‘Semarak Perpaduan’ dan juga inisiatif ‘Ini Warisan Kita’ yang diperkenalkan oleh KPN.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, KPN menjelaskan bahawa sambutan itu turut mendukung hasrat kerajaan untuk melahirkan generasi yang bermaklumat serta mempunyai semangat perpaduan.

Foto: FB Arkib Negara Malaysia

Difahamkan, sambutan yang bertemakan #CyberArchive itu adalah berkaitan dengan pembaharuan atau kemajuan teknologi dalam bidang kearkiban disamping mengukuhkan kerjasama serta rangkaian di kalangan institusi arkib dan arkivis di seluruh dunia untuk memelihara bahan arkib bagi memastikan ketersediaan dan kebolehcapaian kepada masyarakat.

Sehubungan itu, kemuncak program sambutan tersebut ialah Cakna Pengurusan Rekod Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang diadakan hasil kerjasama Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dengan melibatkan peserta daripada 153 PBT yang terdapat di seluruh Malaysia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: FB Arkib Negara Malaysia

Nadhirah Suhaimi
Written By Nadhirah Suhaimi

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Tular di media sosial satu video memaparkan seorang wanita yang juga merupakan isteri dengan tenang terjah suami sedang dating dan berlaku curang terhadapnya pada...

Lokal

Polis sahkan penemuan orang awam di celah pokok dalam kebun durian di Jalan Yong Peng-Muar bersebelahan Kompleks Penghulu pada Isnin merupakan rangka manusia dan...

Lokal

Hakim Mahkamah Sesyen Bandar Baru Bangi, Shahrul Rizal Majid menasihati ‘Miza Ozawa’ yang menjalankan aktiviti persundalan menerusi aplikasi Telegram supaya pulang ke kampung dan...

Lokal

Pakar penyakit ginjal kronik, Prof. Dr. Ab Aziz Al-Safi Ismail telah menerima sijil daripada Asia Book of Records atas pencapaiannya merawat jumlah pesakit penyakit...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd