Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Bubar Perjanjian, TFC Pulang Semula RM1.5 Juta XFOX

Terengganu FC (TFC) bertindak membatalkan penajaan bernilai RM1.5 juta daripada XFOX Market Holdings Sdn. Bhd. berikutan bantahan keras penyokong skuad Sang Penyu berhubung kontroversi status syarikat tersebut.

Memetik laporan Kosmo! Online, Ketua Pegawai Eksekutif TFC, Mohd. Sabri Abas berkata, keputusan membatalkan penajaan tersebut dibuat dengan mengambil kira bantahan keras penyokong tegar skuad Sang Penyu berkenaan.

Foto: Kosmo! Online

“Reaksi negatif yang timbul terutama di media sosial ekoran perjanjian penajaan tersebut telah menimbulkan suasana kurang sihat antara TFC, penaja dan penyokong.
“Sehubungan itu, TFC memutuskan untuk memulangkan semula wang tajaan RM1.5 juta yang sudah dilunaskan syarikat penaja (XFOX) sebelum ini,” katanya hari ini.

Sabri berkata, pemulangan wang tajaan tersebut dibuat telah melakukan perbincangan dengan wakil penaja tanpa membuat sebarang tuntutan berbangkit akan dilakukan pada masa depan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Majoriti

Sebelum ini, TFC dan XFOX pada Ahad lalu telah menandatangani persefahaman tajaan RM1.5 juta bagi skuad Sang Penyu menghadapi Piala AFF Shopee yang merupakan kejuaraan antara kelab peringkat ASEAN pada musim ini.

Penajaan itu menerima reaksi negatif selepas syarikat berteraskan perkongsian keuntungan berkenaan dikatakan berada dalam senarai tidak mematuhi peraturan Bank Negara Malaysia (BNM).

Sumber: Kosmo! Online (Tengku Danish Bahri Tengku Yusoff)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Avatar
Written By Firdaus Rostam

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Tular di media sosial satu video memaparkan seorang wanita yang juga merupakan isteri dengan tenang terjah suami sedang dating dan berlaku curang terhadapnya pada...

Lokal

Polis sahkan penemuan orang awam di celah pokok dalam kebun durian di Jalan Yong Peng-Muar bersebelahan Kompleks Penghulu pada Isnin merupakan rangka manusia dan...

Lokal

Hakim Mahkamah Sesyen Bandar Baru Bangi, Shahrul Rizal Majid menasihati ‘Miza Ozawa’ yang menjalankan aktiviti persundalan menerusi aplikasi Telegram supaya pulang ke kampung dan...

Lokal

Pakar penyakit ginjal kronik, Prof. Dr. Ab Aziz Al-Safi Ismail telah menerima sijil daripada Asia Book of Records atas pencapaiannya merawat jumlah pesakit penyakit...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd