Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Aplikasi Maybank2u Tidak Lagi Boleh Dimuat Turun, Pindah Ke Aplikasi MAE

Syarikat rangkaian Perbankan Komersial, Malayan Banking Berhad atau lebih dikenali sebagai Maybank mengumumkan bahawa aplikasi Maybank2u MY tidak lagi boleh dimuat turun bermula 30 Jun ini.

Menerusi satu kenyataan, Maybank melalui hebahan di laman web rasmi memaklumkan akan memberhentikan semua kemas kini aplikasi Maybank2u MY, dan ia tidak lagi boleh dimuat turun dari Apple App Store, Google Play Store dan Huawei AppGallery.

Foto: Google

“Jika aplikasi Maybank2u MY masih berada dalam peranti anda selepas 30 Jun 2024, anda masih boleh mengaksesnya buat masa sekarang.
“Walau bagaimanapun, kami mengesyorkan anda untuk berpindah ke aplikasi MAE, kerana ia mempunyai setiap ciri yang ada dalam aplikasi Maybank2u MY dan banyak lagi,” katanya pada Isnin.

Maybank turut memberitahu bahawa aplikasi MAE tersebut dilengkapi dengan fungsi perbankan dan gaya hidup tambahan, serta mempunyai langkah keselamatan yang telah dipertingkatkan bagi melindungi aktiviti perbankan dalam talian penggunanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk memastikan pengalaman perbankan dalam talian anda di aplikasi MAE sentiasa dipertingkatkan dan dikemas kini,” jelasnya.

Foto: pokde.net

Sementara itu, Maybank turut menasihati pengguna supaya tidak memuat turun aplikasi Maybank2u MY daripada sumber yang tidak rasmi kerana ia boleh menjejaskan peranti selain meningkatkan risiko terkena Scam Malware.

Untuk makluman, pengguna boleh menghubungi khidmat pelanggan Maybank melalui e-mel [email protected] atau menghubungi secara langsung di 1-300-88-6688 dan +603-7844 3696 untuk pelanggan dari luar negara.

Sumber: Maybank

Advertisement. Scroll to continue reading.

Avatar
Written By Azurah Amilkasan

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Sebanyak 13 ekor kuda di sebuah pusat latihan kuda yang dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) di Kampung Mengabang Panjang, Kuala Nerus yang...

Lokal

Polis Diraja Malaysia (PDRM) siasat satu video tular yang memaparkan beberapa individu turunkan bendera Jalur Gemilang dan menggantikannya dengan bendera Sabah dan Sarawak. Memetik...

Lokal

Restoran milik Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISB) masih beroperasi di United Kingdom walaupun kebanyakan perniagaannya telah ditutup di Malaysia. Foto: Facebook GISB...

Lokal

Khutbah Jumaat di semua surau dan masjid di Melaka mencetuskan konflik apabila slaid yang dikendalikan oleh Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) menampilkan gambar ahli...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd