Connect with us

Hi, what are you looking for?

Filem

Saman Netflix RM798 Juta, ‘Martha’ Sebenar Dedah Cerita Inspirasi ‘Baby Reindeer’ Tidak Benar

Syarikat penerbitan dan penyedia perkhidmatan media, Netflix dilaporkan berdepan dengan tuntutan mahkamah sekurang-kurangnya AS$170 juta (RM798 juta) yang difailkan seorang wanita yang mendakwa telah memberi inspirasi kepada siri TV popular ‘Baby Reindeer’.

Menurut satu laporan Bernama, wanita berkenaan Fiona Harvey mendakwa bahawa dirinya menjadi inspirasi di sebalik watak Martha Scott yang mengintai watak Gadd Donny selepas lelaki itu menghidangkan secawan teh percuma di sebuah pub.

 Foto: DailyMail

“Petikan di atas (dalam Siri Baby Reindeer) adalah pembohongan terbesar dalam sejarah televisyen.
“Ia adalah pembohongan yang diceritakan Netflix dan pencipta rancangan itu, Richard Gadd kerana ketamakan dan nafsu untuk kemasyhuran,” katanya.

Dakwaan itu juga menuduh platform penstriman tersebut memfitnah, menimbulkan tekanan emosi disengajakan, kecuaian, kecuaian teruk selain pencabulan hak publisitinya yang terdapat dalam tuntutan mahkamah yang difailkan di mahkamah persekutuan California.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pelakon yang bawa watak Martha Scott & Gadd Donny

Foto: Harian Metro

“Harvey menuduh Netflix menyebarkan ‘pembohongan kejam’, termasuk mengatakan dirinya adalah ‘pengintip’ yang telah disabitkan sebanyak dua kali dan dijatuhi hukuman penjara selama lima tahun.
“Akibat pembohongan defendan, penyelewengan dan salah laku yang melulu, hidup Harvey telah musnah,” ujarnya.

Foto: medium.com

Sementara itu, dokumen mahkamah juga mendakwa Netflix tidak melakukan apa-apa untuk mengesahkan kesahihan cerita tersebut, malah tidak mencari maklumat tentang Harvey yang tidak pernah disabitkan dengan sebarang jenayah dan tidak pernah ke penjara.

“Tuntutan menuntut ganti rugi sebenar dan pampasan pada AS$50 juta setiap satu dakwaan, ganti rugi punitif sebanyak AS$20 juta, serta ‘semua keuntungan’ daripada Baby Reindeer pada AS$50 juta,” jelasnya.

Foto: next-episode.net

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk makluman, siri itu dilaporkan difilemkan berdasarkan pengalaman sebenar pelawak dan penulis Gadd dan beliau meminta penonton supaya tidak membuat spekulasi mengenai orang sebenar yang memberi inspirasi kepada siri tersebut.

Sumber: Bernama

Avatar
Written By Azurah Amilkasan

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Tular di media sosial satu video memaparkan seorang wanita yang juga merupakan isteri dengan tenang terjah suami sedang dating dan berlaku curang terhadapnya pada...

Lokal

Polis sahkan penemuan orang awam di celah pokok dalam kebun durian di Jalan Yong Peng-Muar bersebelahan Kompleks Penghulu pada Isnin merupakan rangka manusia dan...

Lokal

Hakim Mahkamah Sesyen Bandar Baru Bangi, Shahrul Rizal Majid menasihati ‘Miza Ozawa’ yang menjalankan aktiviti persundalan menerusi aplikasi Telegram supaya pulang ke kampung dan...

Lokal

Pakar penyakit ginjal kronik, Prof. Dr. Ab Aziz Al-Safi Ismail telah menerima sijil daripada Asia Book of Records atas pencapaiannya merawat jumlah pesakit penyakit...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd