Penyanyi Zayn Malik meraih perhatian netizen Malaysia selepas mendedahkan dia minum ubat cap Ibu dan Anak dan menggelarnya’eliksir istimewanya’.
Menerusi satu perkongsian di TikTok, @zayntour telah memuat naik satu video memaparkan penyanyi tersebut yang sedang berkongsi isi kandungan dalam begnya.
Zayn Malik minum ubat Cap Ibu dan Anak
@zayntour Zayn for British Vogue #zaynmalik #zayn #foryourpage #zaynmalikedit #zaynmalikvids #onedirection #zaynmalikedits #zaynmalikvideo #fyp #viral #harrystyles #harrystylesvids #harrystylesedit #onedirectionvideos #onedirectionedit #harrystylesvideos #hslot #niallhoran #louistomlinson #foryourpage #viral
Namun, apa yang membuatkan netizen Malaysia tertarik dengan video tersebut adalah apabila Zayn mengeluarkan sejenis ubat batuk yang terkenal di negara ini.
Zayn telah mengeluarkan Pei Pa Koa atau lebih dikenali sebagai ubat batuk Cap Ibu dan Anak dan mengelarnya sebagai ‘eliksir istimewa’ buat dirinya.
“Ini merupakan madu dari China, dan ia sangat baik untuk pita suara anda. Saya gelarnya ‘eliksir istimewa’,” katanya.
Pada masa yang sama, Zayn turut mendedahkan dia membawa ubat tersebut ke mana-mana terutama apabila dia sedang melakukan persembahan atau konsert.
Artikel lain: SM Entertaiment Nafi Dakwaan Kontroversi Haechan Dan Johnny Di Jepun
“Saya bawa ia ke mana-mana saya pergi, terutamanya ketika saya menyanyi. Campurkan ia dengan sedikit air kemudian minum,” kongsinya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen Malaysia terkejut kerana Zayn menggunakan ubat batuk tersebut sebagai minuman biasa.
Zayn buat apa dengan ubat batuk tu?
Tak sangka Zayn kenal ubat batuk tu
Tak sangka, siapa yang beritahu Zayn?
Dalam pada itu, warga maya juga berasa geli hati kerana rupanya ubat batuk yang disangka hanya popular di Malaysia nampaknya sudah terkenal di luar negara.
Ubat batuk cap ibu dan anak mendoniaa
Ubat batuk ni kalau sakit
Madu pun madu lah
Tak pernah sangka Zayn pakai ubat sama
Lah, sampai ke sana ye ubat batuk Cap Ibu dan Anak, mendoniaa…..
Sumber: TikTok @zayntour