Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Novan Amirudin Dilantik Sebagai CEO Kumpulan CIMB Baharu Berkuat Kuasa 1 Julai

CIMB Group Holdings Berhad (CIMB) mengumumkan pelantikan Novan Amirudin sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kumpulannya bagi menggantikan Datuk Abdul Rahman Ahmad berkuat kuasa 1 Julai ini.

Menerusi satu laporan The Star, Pengerusi CIMB Datuk Mohd Nasir Ahmad berkata, pelantikan Novan akan menyediakan kesinambungan strategi dan pelaksanaan, memanfaatkan platform kukuh yang dibina berdasarkan kejayaan dan pencapaian Pelan Strategik Forward23+ CIMB.

Foto: sirim.my

“Saya berbesar hati mengalu-alukan Novan Amirudin sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB.
“Beliau adalah seorang jurubank berpengalaman yang telah cemerlang dalam kepimpinan strategik dan menunjukkan rekod prestasi yang kukuh dalam transformasi organisasi dan keputusan memacu,” katanya.

Sementara itu, Novan kini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif bersama perbankan borong kumpulan (GWB) serta Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Investment Bank Berhad, dimana beliau bertanggungjawab untuk perbankan korporat kumpulan, perbankan pelaburan kumpulan, perbankan swasta kumpulan, liputan sektor korporat dan awam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: FreeMalaysiaToday

Novan juga merupakan seorang akauntan bertauliah yang mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam perbankan dan penasihat di seluruh Malaysia, Indonesia dan Singapura.

Sebelum menyertai CIMB, Novan menghabiskan hampir 16 tahun bersama J.P. Morgan dengan jawatan terakhirnya ialah ketua pasaran modal ekuiti, Asia Tenggara dan ketua perbankan pelaburan, Malaysia.

Sebelum bersama J.P. Morgan, Novan berada di PwC, sebagai pakar dalam nasihat kewangan korporat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: The Star

Untuk makluman, Abdul Rahman akan meletakkan jawatan pada 30 Jun depan selepas berkhidmat dengan kumpulan itu selama empat tahun sejak 2020.

Sumber: The Star

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Azurah Amilkasan

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd