Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Lori Tangki Isi Minyak Sehingga Sejam Disyaki Untuk Seleweng

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor menyerbu pengendali lori tangki yang dilihat mencurigakan apabila mengisi minyak sehingga satu jam dalam satu operasi Ops Tiris 5.0 di sebuah stesen minyak di Shah Alam pada Rabu lalu.

Menurut satu laporan Harian Metro, Ketua Sektor Operasi Seksyen Penguatkuasaan KPDN Selangor Mohd Shahran Mohd Arshad berkata, serbuan tersebut dilakukan hasil tinjauan berkala yang dijalankan pasukan risikan ke kawasan ‘panas’ bagi membanteras penyelewengan subsidi diesel.

 Foto: New Straits Times

“Ketika anggota tiba di stesen minyak itu, sebuah lori tangki didapati sudah sejam membuat pengisian minyak dan pemeriksaan segera dilakukan, yang mendapati ada pengubahsuaian pada struktur badan lori.
“Pengubahsuaian itu disyaki untuk tujuan penyelewengan atau menjualnya demi mengaut keuntungan,” katanya hari ini.

Beliau juga berkata, siasatan lanjut terhadap pemandu lori yang berusia 50 tahun itu mendapati sebanyak 12 kali transaksi telah dilakukannya pada satu pam yang sama.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Perkara ini juga disemak silang bersama cetakan resit yang dikeluarkan melalui sistem stesen minyak dan dikesan membabitkan ribuan liter pengisian.
 “Tiga individu merangkumi pemandu lori dan dua pekerja Bangladesh usia 30-an ditahan untuk dirakam percakapan, manakala lori dan bahan api disita bersama dokumen urus niaga lain,” jelas beliau.

Foto: Harian Metro

Mohd Shahran turut berkata, arahan mengisytiharkan stok dan mengemukakan dokumen telah dikeluarkan kepada pemandu lori dan pihak stesen minyak mengikut Seksyen 8 Akta Kawalan Bekalan 1961 pada hari yang sama, 29 Mei.

“Anggaran keseluruhan bahan api disyaki diesel di dalam kes ini mencecah 10,000 liter. Anggaran keseluruhan nilai sitaan mencecah RM500,000,” tambahnya lagi.

Untuk makluman, kes tersebut akan disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961, iaitu sebuah akta kawalan dan peruntukan bagi pengagihan bekalan barang-barang yang telah diisytiharkan sebagai barang kawalan yang bertujuan untuk memastikan bekalan yang mencukupi dan menghalang aktiviti-aktiviti haram seperti menyorok atau enggan menjual barang kawalan.

Sumber: Harian Metro (Ruwaida Md Zain)
Advertisement. Scroll to continue reading.

Avatar
Written By Azurah Amilkasan

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang bapa meluah rasa terkilan sambil menangis selepas mendapati anak perempuannya telah dinikahi dengan pengurus sekolah pondok anaknya tanpa izinnya. Memetika laporan tvonenews, bapa...

Sosial

Seorang wanita dilaporkan ditangkap basah oleh suaminya apabila didapati curang dengan seorang lelaki lain di dalam bilik tidur mereka sendiri ketika pasangan halalnya itu...

Dunia

Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) dilaporkan akan mengembalikan aset yang dikaitkan dengan dana Malaysia Development Berhad (1MDB) bernilai lebih AS$100 juta (RM471 juta)...

Sosial

Tular di media sosial satu video memaparkan ketibaan jemaah haji dari Indonesia yang membuat kepulangan mereka dari menjalankan ibadah itu seperti pertunjukan fesyen. Menerusi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd