Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Galak Budaya Membaca, PM Umum Pemberian Baucar Buku RM100 Untuk Pelajar

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengumumkan pemberian baucar buku bernilai RM100 bagi mengalakkan budaya membaca dalam kalangan kanak-kanak dan belia.

Memetik laporan Malaysiakini, baucar itu akan diberi bermula jam 2 petang hari ini selepas Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menetapkan mekanisme serta panduan penggunaanya.

Foto: FB Anwar Ibrahim

“Untuk anak-anak, baik di sekolah kebangsaan, sekolah Arab, sekolah jenis kebangsaan Cina atau Tamil dan universiti, kita berikan baucar RM100.
“Bagi tahun ini, kita mulakan dari darjah empat, untuk mengurangkan tekanan kewangan kerajaan,” katanya ketika berucap merasmikan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) semalam.

Foto: FB Anwar Ibrahim

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, pemberian baucar buku hanya diberikan kepada semua pelajar sekolah rendah sahaja pada tahun lalu. Namun Anwar berkata, baucar itu turut akan diberikan kepada pelajar sekolah menengah, universiti, kolej, institusi perguruan dan sebagainya bagi tahun ini.

“Mulai jam 2 petang hari ini, pemberian baucar ini akan dimulakan, insya-Allah.
“Sebahagian jumlah baucar tersebut akan ditetapkan untuk pelajar membeli buku yang diusulkan seperti novel sasterawan negara. Kerana mengikut amalan lalu, buku dipilih (anak-anak) adalah buku picisan yang tidak bernilai,” ujar beliau.

Justeru, beliau turut menjelaskan golongan sasaran akan diberi kelonggaran untuk membuat pilihan bacaan mereka sendiri.

Foto: FB Anwar Ibrahim

Turut hadirMenteri Pendidikan, Fadhlina Sidek; Menteri Pendidikan Tinggi, Zambry Abdul Kadir; Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh; dan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: FB Anwar Ibrahim

Terdahulu, PBAKL kali ke-41 yang berlangsung dari 24 Mei hingga dua Jun pada tahun ini diadakan secara hibrid, iaitu secara bersemuka dan dalam talian dalam usaha memartabatkan buku sebagai sumber ilmu pengetahuan.

Pesta tersebut mempunyai 972 reruai, dengan 241 pempamer termasuk 14 pempamer dari luar negara. Antaranya dari Singapura, Thailand, Filipina, India, China, Taiwan dan Iran.

Sumber: Malaysiakini

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Firdaus Rostam

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Dunia

Seorang remaja perempuan dilaporkan maut selepas terjatuh dari tingkat empat di pusat membeli-belah MixC di bandar Jining, wilayah Shandong, China, 16 November lalu. Foto:...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd