Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kes Dicedera Pengawal Peribadi Orang Kenamaan, Pengadu Tarik Balik Laporan

Orang kurang upaya (OKU) yang mendakwa dicederakan pengawal peribadi kepada seorang individu kenamaan di sebuah hotel di Kuala Lumpur semalam, membuat laporan polis kedua untuk menyatakan bahawa dia tidak mahu memanjangkan kes tersebut.

Foto: FB Polis KL

Menerusi satu kenyataan, perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Polis Kuala Lumpur, Komisioner Polis Datuk Rusdi Mohd Isa. Beliau menjelaskan, pemandu e-hailing berusia 46 tahun itu memfailkan laporan baru itu pada jam 9.59 malam tadi.

“Pengadu telah membuat laporan polis kedua menyatakan telah menyelesaikan perkara yang berlaku secara baik serta tidak mahu memanjangkan kes,” katanya hari ini.

Sehubungan dengan itu, Rusdi menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: The Vokal

Terdahulu, Polis Kuala Lumpur mengesahkan menerima satu laporan polis kira-kira jam 1 tengah hari semalam daripada pengadu yang merupakan seorang pemandu Grab dan mendakwa diserang oleh seorang individu yang merupakan pengiring kepada rombongan kenamaan.

Menurutnya, laporan pertama itu sebelum ini disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Manakala pagi tadi, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, polis membuka kertas siasatan setelah mangsa membuat laporan polis.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Facebook Polis KL

Avatar
Written By Firdaus Rostam

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Tular di media sosial satu video memaparkan seorang wanita yang juga merupakan isteri dengan tenang terjah suami sedang dating dan berlaku curang terhadapnya pada...

Lokal

Polis sahkan penemuan orang awam di celah pokok dalam kebun durian di Jalan Yong Peng-Muar bersebelahan Kompleks Penghulu pada Isnin merupakan rangka manusia dan...

Sukan

Pakaian rasmi kotinjen negara untuk ke pelbagai temasya sukan bukan di bawah kuasa Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Majlis Sukan Negara (MSN). Menerusi...

Sosial

Seorang wanita Rusia berkongsikan mengenai ‘duit hantaran’ yang biasa ditetapkan oleh keluarga wanita kepada bakal pengantin lelaki melalui satu video yang menjadi sorotan di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd