Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Peminat Luah Rasa Kecewa, NCT Dikecam Buat Kolaborasi Bersama Starbucks?

Baru-baru ini, tersebar di media sosial memperlihatkan gambar kumpulan K-pop, NCT yang didakwa akan bekerjasama dengan Starbucks sekali gus mendatangkan reaksi negatif buat peminat.

Foto: Live Nation Asia

Hal ini berikutan, selepas mengetahui tentang sokongan Starbucks yang  terhadap Israel dalam konflik berterusan antara negara tersebut dengan Palestin, orang ramai telah menjauhkan diri daripada membeli atau mempromosikan jenama minuman tersebut.

Ia juga dipercayai oleh netizen bahawa jenama minuman itu turut menyokong Israel sehingga mengakibatkan kematian penduduk dan kehilangan tempat tinggal di Semenanjung Gaza.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: X

Memetik laporan artikel Sportskeeda, walaupun NCT dikhabarkan akan mengeluarkan merch dengan kerjasama Starbucks, netizen berpendapat untuk tidak menyokong kumpulan kegemaran mereka ini bagi memberi laluan kepada gerakan boikot yang telah sekian lama dilakukan.

Netizen percaya bahawa kerjasama ini akan mempromosikan dan mendapatkan lebih perhatian kepada jenama berkenaan, sekali gus mengganggu mereka yang sedang menjalankan gerakan boikot.

Malah, melalui kerjasama ini tidak langsung telah menggambarkan bahawa NCT didakwa menyokong Israel dalam konflik yang tidak seimbang antara Israel dan Palestin.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: X

Susulan itu, kelab peminat telah menghantar e-mel beramai-ramai sekali gus menaikkan kempen dalam talian untuk menyampaikan pendirian mereka terhadap kerjasama antara NCT dan Starbucks kepada agensi kumpulan itu, SM Entertainment.

Namun begitu, memandangkan belum ada sebarang pengumuman rasmi mengenai kerjasama antara kumpulan K-pop dan jenama minuman daripada agensi itu, peminat akan menunggu dan mengambil lebih banyak tindakan konklusif bagi menentang kerjasama berkenaan.

Sumber: Sportskeeda

Advertisement. Scroll to continue reading.

Avatar
Written By Firdaus Rostam

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) nafi dakwaan syarikat itu telah eksploitasi kanak-kanak sebagai pekerja. Menerusi satu kenyataan di Facebook, GISBH menegaskan pihaknya...

Lokal

Dua lelaki penarik kereta ditemui meninggal dunia dalam sebuah kenderaan dekat Jalan Persiaran 9, Taman Ampang pada Selasa. Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis...

Sukan

Bekas pelumba negara yang pernah membawa nama Malaysia ke peringkat Asia dan antarabangsa, Elly Idzlianizar Elias disahkan maut dengan 12 kesan tetakan. Memetik laporan...

Nasional

Bermula 1 Oktober ini, tiada lagi diskaun bagi barangan atau produk makanan dan minuman yang bergula dalam Program Jualan Rahmah MADANI. Timbalan Menteri Perdagangan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd