Juara Qari Antarabangsa, Muhammad Qayyim Nizar Sarimi yang merupakan orang kurang upaya (OKU) penglihatan sejak lahir bersyukur dapat menjejakkan kaki ke Tanah Suci untuk menunaikan haji.
Memetik laporan Kosmo! Online, Qayyim pernah muncul juara bagi kategori lelaki pada Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-63 pada Ogos tahun lalu.
“Apabila dapat tahu diterima menunaikan rasa excited dan gembira serta syukur sebab ALLAH dah tunai kan nikmatnya untuk saya menunaikan haji tahun ini.
“Hari Keberangkatan dari Kelantan ke KLIA lancar dan begitu juga KLIA sampai ke Madinah. Sampai Madinah rasa syukur dan gembira dapat merasai suasana Madinah. Saya dapat masuk Raudah dua kali dan ziarah Rasulullah empat kali,” katanya.
Foto: Kosmo
Dalam pada itu, ditanya mengenai apakah ibadah yang dirasakan mencabar, penuntut Ijazah Sarjana Muda Tahfiz dan Pengurusan Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) itu menganggap ibadah menlontar mungkin mencabar baginya kerana tidak dapat gambaran lokasi.
“Kalau ada cabaran pun mungkin adalah pada masa melontar jamrah sebab tak tahu tempat dan jarak. Saya juga takut kalau lempar nanti terkena orang lain.
“Tetapi untuk tawaf dan saie mungkin tiada masalah insya-ALLAH. Ayah akan bimbing dan bawa serapat yang boleh dengan dinding,” ujarnya.
Foto: Sinar Harian