Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Dalang Pembunuhan Vina Ditangkap Selepas Filem “Vina: Sebelum 7 Hari” Ditayangkan

Selepas filem Vina: Sebelum 7 Hari ditayangkan, polis menahan seorang daripada sekumpulan individu yang didakwa dalang dalam kes rogol dan pembunuhan pelajar sekolah di Cirebon, Indonesia, Vina Dewi Arsita pada

Memetik laporan detiknews, suspek bagi pembunuhan Vina yang bernama Pegi Setiawan alias Perong telah ditangkap polis di Bandung pada Selasa.

Dalang pembunuhan Vina telah ditangkap

Menurut Ketua Perhubungan Awam Polis Jawa Barat, Jules Abast, Pegi ditangkap ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai bekerja sebagai buruh binaan di pusat bandar.

Dalam pada itu, pihak polis turut mengakui agak sukar untuk menjejaki Pegi kerana dia seringkali berpindah-randah diantara Bandung dan Cirebon disamping selalu menukar nama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Filem Vina: Sebelum 7 Hari Papar Kisah Sebenar, Tuntut Keadilan Buat Mangsa

“Dia juga selalu tukar nama. Di tempat kerja, Pegi mengaku namanya adalah Robi,” kata Jules.

Pihak polis juga sedang memburu dua lagi suspek lain yang bernama Andi dan Dani serta meminta keluarga pelarian ini untuk menyerahkan mereka.

“Mengikut undang-undang yang berkuatkuasa, jika ada yang melindungi, menutupi jejak atau menyembunyikan pelaku boleh dikenakan tindakan jenayah. Jadi kami harap anda dapat memberikan kerjasama dan serah diri,” ujar Jules.

Terdahulu, kes rogol beramai-ramai dan pembunuhan Vina ketika gadis itu berusia 16 tahun berlaku pada 27 Ogos 2016.

Selain Vina, penjenayah dalam kes ini turut membunuh teman lelaki kepada remaja berkenaan yang bernama Muhammad Rizky.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Lapan penjenayah berjaya ditahan dan didakwa di mahkamah yang mana tujuh daripadanya dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup manakala seorang lagi dikenakan hukuman penjara 8 tahun.

Namun begitu, pihak polis mengesyaki dalang sebenar yang merancang kes rogol dan pembunuhan Vina lapan tahun lalu adalah Pegi.

Sumber: detiknews

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Sebanyak 13 ekor kuda di sebuah pusat latihan kuda yang dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) di Kampung Mengabang Panjang, Kuala Nerus yang...

Lokal

Polis Diraja Malaysia (PDRM) siasat satu video tular yang memaparkan beberapa individu turunkan bendera Jalur Gemilang dan menggantikannya dengan bendera Sabah dan Sarawak. Memetik...

Lokal

Restoran milik Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISB) masih beroperasi di United Kingdom walaupun kebanyakan perniagaannya telah ditutup di Malaysia. Foto: Facebook GISB...

Lokal

Khutbah Jumaat di semua surau dan masjid di Melaka mencetuskan konflik apabila slaid yang dikendalikan oleh Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) menampilkan gambar ahli...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd