Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

“Tidak Tinggal Selawat, Allah Bantu Kemenangan Kami” – Skuad Sepak Takraw

Pasukan sepak takraw negara yang berjaya menumbangkan Thailand pada perlawanan akhir Piala Dunia Sepak Takraw 2024 menganggap kemenangan tersebut disebabkan pertolongan Allah SWT sepanjang perlawanan, malam tadi.

Memetik laporan Sinar Harian, salah seorang pemain bagi kategori gandingan double kebangsaan, Noraizat Mohd Nordin meluahkan rasa syukur dan gembira di atas kemenangan meskipun dia bersama pasangannya, Aidil Aiman Zawawi menghadapi tekanan semasa menentang pihak lawan.

Foto: Bernama

Selain berkat doa daripada rakyat Malaysia, Noraizat menyatakan bahawa mereka tidak akan mencapai kejayaan tersebut tanpa bantuan daripada Allah ketika dalam gelanggang.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Tak percaya sebenarnya (dapat menang juara dunia) tapi kalau rezeki dah tertulis, menang tetap menang juga. Berkat doa semua termasuk seluruh rakyat Malaysia.
“Saya memang ingat Allah sahaja dalam gelanggang. Selawat tidak tinggal dan Allah tolong kami dalam gelanggang sehingga mata terakhir,” katanya.

Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur menjadi saksi kejayaan yang dicipta oleh Noraizat dan Aidil untuk merangkul gelaran juara dunia buat kali pertama sejak Piala Dunia itu diperkenalkan pada tahun 2011.

Foto: Bernama

Sementara itu, Aidil berkata, walaupun badi pasukan lawannya itu sukar untuk dileraikan sebelum ini, namun kejayaan mereka telah membuktikan bahawa tiada yang mustahil untuk Malaysia menumbangkan raja sepak takraw dunia itu.

“Saya ucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong pasukan negara. Saya dengan Aizat dah buktikan kita boleh menang dengan Thailand,” ujarnya.
Sumber: Sinar Harian (Muhammad Zakwan Nazaraly)

Nadhirah Suhaimi
Written By Nadhirah Suhaimi

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Sebanyak 13 ekor kuda di sebuah pusat latihan kuda yang dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) di Kampung Mengabang Panjang, Kuala Nerus yang...

Lokal

Polis Diraja Malaysia (PDRM) siasat satu video tular yang memaparkan beberapa individu turunkan bendera Jalur Gemilang dan menggantikannya dengan bendera Sabah dan Sarawak. Memetik...

Lokal

Restoran milik Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISB) masih beroperasi di United Kingdom walaupun kebanyakan perniagaannya telah ditutup di Malaysia. Foto: Facebook GISB...

Lokal

Khutbah Jumaat di semua surau dan masjid di Melaka mencetuskan konflik apabila slaid yang dikendalikan oleh Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) menampilkan gambar ahli...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd