Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Seorang Lagi Mangsa Jenayah Dari Selangor FC, Rumah Khuzaimi Piee Pula Dipecah Masuk

Seorang lagi pemain bola sepak Selangor FC iaitu Khuzaimi Piee menjadi mangsa jenayah selepas rumah beliau dipecah masuk pada Rabu.

Foto: Stadium Astro

Menerusi beberapa perkongsian di InstaStory, Khuzaimi telah memuat naik foto memaparkan kereta polis yang telah hadir ke rumahnya.

Pemain bola sepak berusia 30 tahun itu juga telah memuat naik foto memaparkan laporan polis yang telah difailkan olehnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Rumah Khuzaimi Piee pula dipecah masuk

Menurut Khuzaimi, dia mendapati pintu pagar depan dan belakang rumahnya terbuka sebaik sahaja dia pulang daripada menjalani latihan bersama pasukan Selangor FC pada pukul 9 malam.

“Antara barang yang hilang adalah sebuah motosikal jenis Yamaha Y15ZR berwarna biru nombor pendaftaran RV1700, empat beg silang pelbagai jenama dan pasport,” katanya pada laporan itu.

Dalam pada itu, Khuzaimi yang memegang posisi bek tengah Selangor FC turut memohon bantuan orang ramai untuk membantu melaporkan jika ternampak motor miliknya yang dicuri.

Artikel lain: Bagi Tutup Kesan Lecuran, Kulit Paha Faisal Bakal Jadi ‘Korban’ – Doktor

“Kepada sesiapa yang terlihat motor Y15 Movistar biru plat RV1700, mintak maklum kepada saya atau balai polis yang terdekat,” ujarnya.

Terdahulu, kita digemparkan kes jenayah ke atas pemain bola sepak Selangor FC iaitu Akhyar Rashid yang disamun dan dipukul oleh dua individu sehingga mengalami kerugian lebih RM4,800.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tidak lama kemudian, seorang lagi pemain bola sepak Selangor FC iaitu  Faisal Halim pula diserang menggunakan asid berbahaya sehingga dia terpaksa melakukan empat pembedahan bagi merawat lukanya.

Mangsa ketiga daripada pasukan bola sepak yang sama iaitu Safiq Rahim turut menjadi mangsa kes jenayah yang mana cermin keretanya dipecahkan oleh dua individu.

Sumber: Instagram Khuzaimi Piee

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Sebanyak 13 ekor kuda di sebuah pusat latihan kuda yang dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) di Kampung Mengabang Panjang, Kuala Nerus yang...

Lokal

Polis Diraja Malaysia (PDRM) siasat satu video tular yang memaparkan beberapa individu turunkan bendera Jalur Gemilang dan menggantikannya dengan bendera Sabah dan Sarawak. Memetik...

Lokal

Restoran milik Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISB) masih beroperasi di United Kingdom walaupun kebanyakan perniagaannya telah ditutup di Malaysia. Foto: Facebook GISB...

Lokal

Khutbah Jumaat di semua surau dan masjid di Melaka mencetuskan konflik apabila slaid yang dikendalikan oleh Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) menampilkan gambar ahli...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd