Tular sekeping gambar sebuah keluarga yang menaiki motosikal sambil bawa bayi naik motosikal sehingga mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Gambar itu memaparkan seorang wanita menggendong bayinya yang mengalami masalah paru-paru serta bergantung kepada alat bantuan pernafasan menaiki motosikal ditunggang suaminya ke hospital.
Foto: Malay Mail
Menerusi akaun Facebook Setiausaha Politik Perdana Menteri, Ahmad Farhan Fauzi, beliau memohon orang ramai menyalurkan maklumat mengenai keluarga itu menerusi ruangan komen media sosial tersebut agar pihaknya dapat menghubungi keluarga berkenaan.
“Hal ini telah mendapat perhatian YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan insya-ALLAH pihak kami akan membantu keluarga ini dalam menambah baik kehidupan seharian mereka,” katanya pada Selasa.
Keluarga bawa naik bayi naik motosikal
https://www.facebook.com/farhan.fauzi/posts/pfbid04TsTckADh9NVxyNDoBbCmGRXawUDQRX1RaAhny3wR2HJtNtuDF3W3HYssGbfKk6Gl
Memetik laporan Bernama, Mohd Azlan Ishak, dan isterinya, Norhidayu Halim dari Taman Kota Nelayan, Kuala Kedah memberitahu mereka tidak mampu membayar tambang teksi kerana mempunyai sumber pendapatan terhad.
Azlan selaku ketua keluarga mendedahkan dirinya hanya bekerja sebagai pembantu di pelantar ikan yang dibayar gaji harian sebanyak RM50 sehari.
Keadaan itu menyebabkan mereka perlu berulang-alik ke hospital menaiki motosikal bagi mengambil ubat.
Ditambah pula, bayi lelaki mereka yang berusia 11 bulan terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan hampir setiap masa akibat menghidap masalah paru-paru kronik.
Sumber: Facebook Fahan Fauzi, Bernama