Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Gesa Tindakan Segera, PAS Kutuk Ugutan Cederakan Teresa Kok

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menggesa tindakan segera serta mengutuk keras terhadap surat ugutan bunuh yang diterima oleh salah seorang pemimpin Parti Tindakan Demokratik (DAP) iaitu Teresa Kok Suh Sim pada Sabtu.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berpendapat bahawa Ahli Parlimen Seputeh itu layak untuk menerima perlindungan daripada sebarang perbuatan jenayah serta perkara-perkara yang bertentangan dengan undang-undang di negara ini.

Foto: Sinar Harian

Beliau turut berkata, PAS mengetahui tentang siasatan kes yang telah dilakukan oleh pihak polis di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menakutkan secara jenayah melalui kaedah perhubungan sembunyi nama.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Sebagai rakyat Malaysia dan lebih-lebih seorang Ahli Parlimen, YB. Teresa berhak mendapat semua perlindungan yang disediakan di bawah undang-undang negara, selain berhak menjalani kehidupan, baik sebagai individu mahu pun ahli politik, dengan aman dan bebas daripada ketakutan atau ancaman.
“PAS berharap ia dapat disegerakan kerana perbuatan jenayah seperti ini tidak boleh diterima sama sekali dalam masyarakat kita,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Memandangkan kes keganasan serta merosakkan yang melibatkan orang politik, tentera, sukan, perniagaan dan seumpamanya semakin meningkat, Takiyuddin menggesa agar siasatan dan pendakwaan segera perlu diutamakan.

Foto: X Teresa Kok

Jelasnya, kelewatan tindakan terutamanya daripada pihak berwajib bakal menimbulkan perasaan tidak selamat dan panik dalam masyarakat.

“PAS menggesa semua pihak agar sentiasa mematuhi undang- undang dan menjunjung budaya aman, selain menolak semua bentuk perbuatan atau kecenderungan yang boleh menggugat kesejahteraan dan keselamatan individu dan masyarakat, tanpa mengira warna kulit, kepercayaan, pegangan politik dan sebagainya,” ujarnya.

https://www.facebook.com/TakiyuddinMyLaw/posts/pfbid0xPmugR5MgUb732N66aWzsYXaYSfQwAeiVdx16HLdZK9YsmdjVzyErEFZha32eZfVl

Susulan itu, Ahli Parlimen Kota Bharu itu juga yakin bahawa selain pihak berwajib, orang ramai juga memainkan peranan penting dalam memastikan keamanan dan ketertiban sosial sekali gus menjadikan negara ini terjamin serta boleh dinikmati oleh semua pihak.

Sumber: Facebook Takiyuddin Haji Hassan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nadhirah Suhaimi
Written By Nadhirah Suhaimi

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh selar kenyataan Ahli Parlimen (MP) Seputeh, Teresa Kok yang mempersoalkan cadangan mewajibkan restoran dan syarikat makanan yang...

Sosial

Tular video di media sosial memaparkan kali terakhir seorang gadis, Nia Kurnia Sari dilihat warga kampung sebelum dilaporkan hilang dan mayatnya ditemui beberapa hari...

Sosial

YouTuber mukbang, Nikocado Avocado beri kejutan kepada para penontonnya selepas memuat naik video terbaharu menerusi saluran miliknya yang memaparkan dia kini yang sudah kurus....

Lokal

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memperuntukkan sebanyak RM1 juta kepada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) bagi membantu golongan yang terbeban dengan hutang....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd