Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Dipaksa Layan 35 Pelanggan Sehari, Polis Selamatkan 13 Wanita Mangsa Pemerdagangan

Pihak polis berjaya memberkas ketua dan lapan lagi anggota Geng Bala yang melakukan sindiket pemerdagangan manusia sekali gus menyelamatkan 13 wanita warga asing.

Memetik laporan Kosmo! Online, Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar menyatakan bahawa seramai 13 wanita warga asing berumur dalam lingkungan 22 hingga 49 tahun telah berjaya diselamatkan oleh pihaknya sepanjang operasi dijalankan bermula 21 April hingga 1 Mei lalu.

Foto: Kosmo! Online

Difahamkan, sindiket yang melakukan aktiviti persundalan ini telah aktif sejak November 2023 serta suspek memberi tawaran pekerjaan sebagai operator kilang dan pembantu rumah kepada mangsa.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Modus operandi sindiket adalah dengan menawarkan pekerjaan sebagai operator kilang dan pembantu rumah kepada mangsa melalui ejen di negara sumber.
“Mangsa kemudian diuruskan ejen pekerjaan termasuk tiket penerbangan dan pas lawatan untuk mangsa memasuki Malaysia.
“Apabila tiba di Malaysia, mangsa diberikan wang ‘show money’ sebelum dibawa ke rumah transit,” katanya ketika ditemui pihak media hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, mangsa yang ditolak kemasukannya untuk menjadi pekerja kilang atau pembantu rumah akan dihantar ke negara jiran melalui jalan tidak diwartakan sekali gus merampas pasport dan telefon bimbit mangsa sewaktu tiba di rumah transit.

Foto: Kosmo! Online

“Sindiket beritahu yang ada hanya pekerjaan pelacur dan sekiranya mangsa enggan, mereka dikehendaki membayar ganti sebanyak RM11,000 sebagai kos perbelanjaan ke Malaysia.
“Mangsa terpaksa menjadi pelacur dan hasil siasatan mendapati mereka terpaksa melayan sehingga 35 pelanggan sehari dengan bayaran RM100 hingga RM200, manakala untuk semalaman sebanyak RM300,” ujarnya.

Kumar memaklumkan bahawa terdapat empat daripada lapan suspek merupakan warga tempatan termasuk dalangnya manakala selebihnya merupakan warga asing.

“Polis turut merampas 13 buah telefon bimbit pelbagai jenama, 41 kondom, 24 keping pasport negara asing, wang tunai RM8,730, buku catatan aktiviti pelacuran dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Proton Exora.
“Lima daripada lapan tertuduh didakwa atas 39 pertuduhan iaitu 13 Pertuduhan di bawah Seksyen 12 ATIPSOM 2007, 22 pertuduhan di bawah Seksyen 12(1)(f) Akta Passport 1966 dan empat pertuduhan di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” jelasnya.

Susulan itu, kesemua mangsa yang telah diselamatkan itu dilaporkan sedang berada di rumah perlindungan manakala tertuduh telah didakwa di Mahkamah Sesyen dan Majistret Johor Bahru, hari ini.

Sumber: Kosmo! Online (Mohd Sharkawi Londing)

Nadhirah Suhaimi
Written By Nadhirah Suhaimi

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua lelaki penarik kereta ditemui meninggal dunia dalam sebuah kenderaan dekat Jalan Persiaran 9, Taman Ampang pada Selasa. Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis...

Sukan

Bekas pelumba negara yang pernah membawa nama Malaysia ke peringkat Asia dan antarabangsa, Elly Idzlianizar Elias disahkan maut dengan 12 kesan tetakan. Memetik laporan...

Nasional

Bermula 1 Oktober ini, tiada lagi diskaun bagi barangan atau produk makanan dan minuman yang bergula dalam Program Jualan Rahmah MADANI. Timbalan Menteri Perdagangan...

Lokal

Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok yang sedang disiasat polis susulan kenyataannya berkenaan pensijilan halal telah mengadakan jumpa dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd