Sebelum ini, tular di laman sosial penyanyi Indonesia, Pamungkas yang bertindak menggosok telefon bimbit milik peminat ketika di konsert ternyata meraih perhatian ramai sehingga mencetuskan kritikan dan kecaman netizen.
Difahamkan, pengurusnya terpaksa dikejarkan ke hospital akibat serangan jantung susulan terkena tempias daripada kontroversi tersebut meskipun Pamungkas tidak terkesan dengan kecaman yang diterimanya.
“Ini yang kamu tunggu, saya mahu membuat kenyataan apa yang terjadi. Saya diam kerana mahu mengumpul maklumat dan mempertimbangkan sama ada perlu atau tidak membuat sebarang kenyataan.
“Pertamanya, kenapa harus dikecam sebegitu? Itu sebuah video yang dirakam, dipotong lalu disunting. Pada kejadian itu hanya antara saya dan peminat selain sebahagian daripada aksi pentas sahaja,” katanya.
Bukan itu sahaja, penyanyi yang berusia 29 tahun itu turut menafikan spekulasi yang dilakukan oleh orang ramai yang mengatakan dia berada dalam keadaan khayal atau mabuk ketika membuat persembahan.
Sumber: Kosmo (Lia Othman)