Kisah rumah tangga pasangan selebriti Indonesia, Rizky Billar dan Lesti Kejora masih belum ‘surut’ menjadi bualan ramai, tidak kiralah sama ada warga maya tempatan sana atau Malaysia.
Malah, umum mengetahui penyanyi dangdut wanita itu kini sedang mengejarkan umrah bersama ahli keluarganya tanpa ditemai suami, Rizky Billar kerana masalah yang dihadapi.
Disebalik kesibukan Lesti Kejora, 22, menunaikan umrah dan Rizky yang hanya membiarkan peguamnya, Ade Eril bersuara, rupanya ada perkembangan lain tidak diketahui ramai.
Menurut laporan okecelebrity, Rizky dilaporkan sedang memperdalam ilmu agama dan mendekati diri kepada Tuhan dan khabar itu didedahkan oleh bapa angkat aktor sinetron, Idzhar Wilendra.
“Billar kini sedang memperdalam agama. Alhamdulillah, dia di satu tempat yang sangat bagus untuk meningkatkan ilmu agama,”ujar Idzhar Wilendra.
Pun begitu, Idzhar enggan memberitahu lokasi Rizky mendalami agama kerana mahu anak angkatnya itu mendekatkan diri dengan Allah SWT.
“Sejak Lesti buat laporan, Rizky telah menghilang diri. Bahkan orang terdekat sukar untuk menghubunginya pada waktu itu.”ujarnya lagi.
Sementara, abang lepada Rizky Billar iaitu Bobby Rahman meluahkan rasa prihatin dengan nasib menimpa rumah tangga adiknya dengan Lesti Kejora.
Bobby berharap agar ramai orang mendoakan yang terbaik buat hubungan pasangan tersebut yang kini berada di ‘hujung tanduk’.
Bobby berkata, semua masalah yang berlaku dapat diselesaikan dengan cara yang baik.
“Yang penting doa sahaja yang terbaik buat mereka. Harap masalah cepat diselesaikan. Alhamdulillah, mereka masih berhubung antara satu sama lain,”ujar Bobby.
Tambah Bobby, hubungan adiknya dan isteri tidak pernah putus walaupun rumah tangga mereka diduga dengan dugaaan besar. Sebaliknya, pasangan tersebut saling berkomunikasi antara satu sama lain.
Bagaimanapun, Bobby enggan mengulas lebih lanjut mengenai perbuatan Rikzy terhadap Lesti memandangkan setiap rumah tangga pasti ada masalah. Cuma ia tidak perlu diperhebohkan kepada orang ramai.
Sumber: okeycelebrity, Tabloid Bintang