Penyanyi terkenal antarabangsa, Lisa BLACKPINK dipilih sebagai pengibar bendera semasa Grand Prix F1 Miami di Miami International Autodrome pada 5 Mei lalu di Miami, Florida.
Peminat perlumbaan dari seluruh dunia yang juga peminat K-Pop terkejut melihat ahli kumpulan BLACKPINK itu turut dilihat berada di situ kerana dia tidak dikenali sebagai peminat perlumbaan Formula 1.
The moment we all screamed
LISA TEAM REDBULL #LISAatF1MiamiGP
— Lilies Home (@LiliesHome_) May 6, 2024
Namun begitu, mereka lebih terkejut apabila menyedari LISA bukan sahaja menjadi penonton buat rancangan itu, malah dia juga turut serta dan dipilih sebagai pengibar bendera.
LISA menjadi orang Asia pertama yang dipilih sebagai pengibar bendera bagi perlumbaan Formula F1 dan selebriti antarabangsa dunia keempat selepas Tom Holland, David Beckham dan Justin Bieber.
Lisa joins stars such as Tom Holland, David Beckham and Justin Biebier in waving the flag at an F1 race. HERSTORY ✨.
LISA TEAM REDBULL #LISAatF1MiamiGP pic.twitter.com/x3m64lsusl
— cleo 🕷️ (@lalalisiousm) May 5, 2024
Penyanyi lagu Money itu dilihat menerusi kaca televisyen sedang menunggu untuk mengibarkan bendera berkotak-kotak hitam putih, yang menandakan berakhirnya mana-mana sesi dan dikibarkan sehingga semua kereta yang bersaing melepasinya.
Kali ini, dia yang bertanggungjawab apabila Lando Norris melepasi garisan penamat.
MAY 05: Lisa poses for a photo on the grid with Oracle Red Bull Racing mechanics prior to the F1 Grand Prix of Miami at Miami International Autodrome on May 05, 2024 in Miami, Florida. (Photo by Mark Thompson/Getty Images)#LISAatF1MiamiGP#LALISA @wearelloud pic.twitter.com/AUvVus4sl6
— LALICE UPDATES (@LaliceUpdates) May 6, 2024
Dalam pada itu, LISA turut dilihat bergambar dengan pasukan Oracle Red Bull Racing sekali gus mengukuhkan fakta bahawa dia adalah individu penting pada acara berprestij terbabit.
Lisa of #BLACKPINK snapped a pic with Max Verstappen ahead of the #F1 #MiamiGP! 🏁
See all the celeb pics 🔗: https://t.co/mYMXtmzgJf@redbullracing @F1 #LisaAtF1MiamiGP @BLACKPINK pic.twitter.com/POVOeEH3vt
— ExtraTV (@extratv) May 5, 2024
Dia bukan sahaja salah seorang daripada segelintir selebriti Asia di sana, tetapi juga bertemu dengan pemandu Formula 1 terkenal Max Verstappen.
Pemandu lumba sukan permotoran Belanda yang biasanya tidak suka diambil gambar bersama selebriti kelihatan gugup dan malu bergambar di sisi selebriti berusia 27 tahun itu.